Drama One Million Dollar Voice (1MDV)

Drama rantaian terbaharu di Astro, One Million Dollar Voice (1MDV) bakal menyingkap kisah di belakang tabir sebuah rancangan realiti nyanyian. Siri fiksyen yang diilhamkan oleh kisah-kisah benar ini dibarisi pelakon popular tanah air seperti Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella dan ramai lagi.


One Million Dollar Voice



One Million Dollar Voice

Episod: 24

Tarikh Tayangan: 28 Ogos 2023

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10 malam

Rangkaian: Astro Ria / Astro GO

Pengarah: Michael Ang

Produksi: Juita Viden




Watak Pelakon

Emma Maembong sebagai TJ

Lah Ahmad sebagai Joe

Amelia Henderson sebagai Zana

Ben Amir sebagai Muhammad Ali

Neeta Manisha sebagai Sheila

Roy Azman sebagai Halim

Tracie Sinidol sebagai Aida

Ezra Kairo sebagai Prabu

Naufal Azrin sebagai Daim

Layla Sania sebagai Bella 

Uriah See sebagai Felix

Sean Lee sebagai Jason

Zarul Husin sebagai Karim

Keanu Azman sebagai Sajad

Nina Juren sebagai Mak Aida

Afry Wijoyo sebagai CR Crew

Nasir Khan sebagai CR Crew

Melissa Aurellia sebagai Keena




Sinopsis One Million Dollar Voice


Mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.


Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.


Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.


Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.


Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut.


Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya.


Drama ini boleh ditonton secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Catat Ulasan

0 Ulasan