Laknat Filem Seram Psikologi Tayangan Di Pawagam 5 Jun 2025



LAKNAT, filem seram psikologi yang diinspirasikan daripada kisah benar akan ditayangkan di seluruh negara mulai 5 Jun 2025. Naskhah ini diarahkan oleh Saw Teong Hin, diterbitkan oleh Real Films, dengan kerjasama Tutan Entertainment dan diedarkan oleh D’Ayu Pictures. 


Laknat

Genre: Seram

Tarikh Tayangan: 5 Jun 2025

Penulis Skrip: Nirraut Sawbaqyah

Pengarah: Saw Teong Hun

Produksi: Real Films & Tutan Entertainment


Watak Pelakon

Aeril Zafrel sebagai Luth

Puteri Balqis sebagai Laila

Jalil Hamid sebagai Jalis

Amerul Affendi sebagai Murtaza

Naque Ariffin sebagai Nafis

Noorkhiriah sebagai Wani

Mila Mohsin sebagai Murni

Ismail Yaacob sebagai Imam Haswa

Umie Aida

Sofia Jane


Sinopsis Laknat

Mengisahkan Luth (Aeril Zafrel) yang masih dibelenggu kesedihan selepas kehilangan adik perempuannya Laila (Puteri Balqis). Luth terperangkap dalam permainan halus iblis bernama Laqqus. 


Ketika jiwanya dalam keadaan rapuh, Luth dipujuk melalui ilusi dan hasutan hingga sanggup melakukan apa saja untuk ‘menghidupkan’ kembali adiknya dan membongkar kematian tragis tersebut  termasuk membuat perjanjian dengan syaitan.


Namun dalam pencariannya, Luth bukan sahaja kehilangan arah, malah mula melihat sisi gelap orang-orang di sekelilingnya. Perjalanan yang sepatutnya membawa jawapan akhirnya menjadi jalan ke jurang kehancuran

Catat Ulasan

0 Ulasan