10 Ucapan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Dari Suami Buat Isteri

10 Ucapan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Dari Suami Buat Isteri | Bila tiba hari ulangtahun, ramai suami yang hilang kata untuk diucapkan kepada isteri bahkan sering melupakan tarikh istimewa tersebut dan bila teringat, tidak tahu untuk menyusun kata.




Berikut adalah contoh 10 Ucapan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Dari Suami Buat Isteriyang boleh diberikan oleh para suami kepada isteri pada hari ulang tahun perkahwinan yang pasti membuatkan si isteri tersenyum bahagia. 


1. Isteriku, hanya denganmu aku ingin habiskan sisa hidup bersamamu kerana aku mencintaimu semalam, mencintaimu sekarang dan akan terus mencintaimu selamanya. Happy Anniversary Sayang!


2. Sayangku, selamat ulang tahun! Semoga di usia perkahwinan ini, semua impian dan cita-cita kita dapat terwujud. Semoga Allah selalu melimpahkan rahmat buat kita. Kamu adalah isteri terbaik dan aku bersyukur menjadi suamimu."


3. Happy Anniversary sayangku. Semoga kita selalu diberikan kesihatan dan diberikan rezeki yang melimpah dan berkah. Mungkin hanya ucapan yang bisa saya berikan untuk awak, tapi percayalah sayang doa – doa saya akan selalu mengalir deras untuk keluar kita


4. Selamat hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke sepuluh wahai isteriku! Semoga perkahwinan kita kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana sudi menerima kekuranganku dan melayan segala kerenahku! Terima kasih untuk segala pengorbananmu melahirkan zuriatku. Satu pintaku, setialah bersamaku hingga ke akhir hayatku. Genggam tanganku tatkala jatuh bangunku. Akan ku pimpin tanganmu hingga ke pintu syurga bersamaku. 


5. Selamat hari ulang tahun cinta halalku! Wahai bidadariku, kamu adalah amanahku hingga ke akhir hayatku. Aku mencintaimu sepenuh hatiku. Aku menerimamu untuk melengkapi segala kekuranganku. Terima kasih isteriku! kerana sudi menjadi pendamping kepada diriku . Senyum dan tawamu membangkitkan semangatku. Dakapanmu mencekalkan hatiku untuk lalui hari-hariku. Kaulah kekuatan diriku. Sambutlah kasih dan sayangku di hari ulang tahun kita ini! Terima kasih sayangku untuk bertahun-tahun segala rasa cinta, sayang dan rindu. Kau melengkapi kekuranganku dan mengimbangi kelebihanku”. 


6. Selamat hari ulang tahun sayang! Wahai isteriku, apabila aku dalam kemarahan, kau bantu untuk menyejukkan. Apabila aku dalam kebuntuan, kau bantu untuk tunjuk jalan. Apabila aku lupa dan lalai, kau tegur dengan penuh berhemah. Apabila aku dalam kesakitan, kau hadir mengubat duka laraku. Aku bersyukur pada Tuhan kerana Dia menganugerahkan padaku isteri yang solehah, penyejuk mata dan ibu mithali buat anak-anakku.


7. Terima kasih isteriku! Sayang, bersempena hari ulang tahun perkahwinan kita ini, diriku mendoakan semoga kasih sayang kita sentiasa bertambah dan tidak berkurang, tiada rasa benci antara kita, malah setiap hari, setiap masa, setiap detik dan setiap saat kita harungi segala pancaroba bersama-sama. Dirimu seumpama bidadari syurga, sungguh sentosa bersamamu, ibarat denai yang tenang. 


8. Selamat ulangtahun sayang! Setiap hari ku lalui bersama isteri ibarat sebuah anugerah terbaik dalam hidupku. Tetapi, ada satu hari yang lebih indah dan bermakna buat saya iaitu hari pernikahan kita! 


9. Selamat ulang tahun perkahwinan isteriku! Happy anniversary my dear wife! Aku bersyukur pada Tuhan kerana telah mengirimkanku jodoh sebaik dirimu. Semoga kebahagiaan dan keberkatan selalu menyertaimu. Aminn! Mungkin hanya ucapan Selamat Ulang Tahun Perkahwinin yang bisa saya berikan untuk awak, tapi percayalah sayang doa-doa saya akan selalu mengalir deras untuk awak, anak-anak dan keluarga kita. Jika diberikan emas dan permata, akan aku tetap memilihmu. Engkaulah teman hidup, kekasih dan sahabat setiaku di dunia dan akhirat. 


10. Terima kasih isteriku, dan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat kita. Dari kekasih yang selalu ada di sampingmu. Sekiranya bukan keranamu, mungkin rumah ini tidak menjadi syurga yang indah untuk didiami. Dan mungkin anak-anak kita tidak akan menjadi hebat seperti saat ini jika bukan kerana didikanmu. Sama seperti diriku, yang tidak mungkin akan berjaya tanpa dirimu. Happy Anniversary wahai dindaku!

Catat Ulasan

0 Ulasan