Drama Sekali Lagi Cinta

Akan datang, drama adaptasi novel 'Sekali Lagi Cinta Kembali' karya Anna Milia akan mengisi slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan A. Aida Production, diarahkan oleh Riza Baharudin.

 Menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai pelakon utama. 



Sekali Lagi Cinta Kembali

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 2022

Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Penulis Skrip: Rehal Nuharis

Pengarah: Riza Baharudin

Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd

Pelakon: Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Zaki Azeman, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Syamim Farid, Nina KSC, Shatirah Amanda, Ellyas Abdullah, Siti Hariesa, Kuza, Raja Azmi, Izzendra


Watak Pelakon 

Siti Khadijah Halim sebagai Aira

Aniq Suhair sebagai Hayyat

Zaki Azeman sebagai Zafran

Fazlina Ahmad Daud sebagai Zainab

Kismah Johar sebagai Neksom

Syamim Farid sebagai Elina & Heliza

Nina KSC sebagai Danisha

Shatirah Amanda sebagai Hana

Ellyas Abdullah sebagai Imran

Siti Hariesa sebagai Amirah

Kuza sebagai Rozita

Raja Azmi sebagai Badariah

Izzendra sebagai Amberlyn


Lagu Tema (OST)

Ku Cuba - Hariz Fayahet 


Sinopsis Sekali Lagi Cinta Kembali

Hidup Aira cukup complicated. Dia lari dari rumah apabila Imran mengahwini Hana, adiknya. Prinsip Aira, lelaki ibarat virus. Jangan kasi can.


Aira gantikan tempat Doktor Halina selama dua jam sebagai therapist. Akibatnya, Zafran dan Amberlyn bercerai, Doktor Halina diugut dan Syafi bertarung dengan maut tanpa kasih seorang ibu. Terpaksalah Aira cuba perbaiki apa yang telah dia rosakkan.


"Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?" - Zafran

"Inilah yang saya cuba buat." - Aira


Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran. Tapi di mata Hayyat, abang Zafran yang kerek lagi beku, Aira macam tikus membaiki labu. Hayyat selamba saja gelar Aira perempuan senget, sewel dan tiga suku.


Dalam mulut duk mengutuk, hati mula sukalah pula!


"I offer you love and loyalty and I expect the same in return." - Hayyat


Kisah silam Hayyat terbongkar. Jika Imran digelar spesies virus, Hayyat pula ibarat bom atom. Boleh membunuh Aira bila-bila masa.


Namun, Aira hanya mempunyai dua pilihan. Pilih si virus yang kini bergelar duda atau menerima bom atom. Aira perlu cari jalan keluar daripada permainan yang dia sendiri cipta.

Catat Ulasan

0 Ulasan