Sinopsis Luka Di Hujung Setia Slot Akasia TV3

Mulai 2 Jun 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam drama 28 episod "Luka Di Hujung Setia" akan ditayangkan di slot Akasia TV3. 


Drama ini menggandingkan Dato' Adi Putra dan Zara Zya sebagai pelakon utama selain turut dibintangi Irfan Zaini, Cahaya Nilam, Angella Joliey dan Puteri Khareeza. 

Drama ini boleh distrim lebih awal selama 24 jam di platform Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton.


Luka Di Hujung Setia

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 2 Jun 2026

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / tonton

Penulis Skrip: Raja Azidah Raja Jaafar

Pengarah: Raja Mukhriz

Produksi: Country & Universal Sdn Bhd


Watak Pelakon

Adi Putra sebagai Irsyad

Zara Zya sebagai Dhia

Irfan Zaini sebagai Faris

Cahaya Nilam sebagai Zulin

Dhia Adreyana sebagai Aira

Angella Joliey sebagai Nuha

Puteri Khareeza sebagai Sally

Lisdawati sebagai Mak Ani

Izzul Faiq sebagai Razlan


Sinopsis Luka Di Hujung Setia

Mengisahkan Dhia (Zara Zya), seorang isteri dan ibu, nekad meninggalkan kampung halaman demi membantu suaminya, Irsyad (Dato’ Adi Putra) yang kehilangan kerja tetap dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang sambil menanggung hutang adiknya. Demi memastikan keluarga mereka terus bertahan, Dhia sanggup berjauhan daripada anak dan keluarga buat pertama kali demi mencari kehidupan yang lebih baik.


Dalam masa sama, Irsyad pula merelakan isterinya berhijrah walaupun keputusan itu sedikit demi sedikit mula menguji ketahanan rumah tangga mereka. Namun tanpa diduga, kehidupan Dhia di ibu kota mula berubah apabila dia semakin rapat dengan pengurus projeknya, Faris (Irfan Zaini), yang banyak membantunya ketika berdepan tekanan hidup, tanpa menyedari lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin dengan Nuha (Angella Joliey).


Hubungan yang pada awalnya sekadar persahabatan akhirnya bertukar menjadi punca keretakan antara Dhia dan Irsyad. Selepas rumah tangga mereka musnah, Irsyad terpaksa membesarkan anak mereka, Aira, seorang diri di kampung sambil memendam luka yang masih belum sembuh. Dalam pada itu, kehadiran Zulin (Cahaya Nilam), yang banyak membantu menguruskan Aira dan kehidupan Irsyad, perlahan-lahan membuka ruang baharu buat Irsyad untuk meneruskan hidup.

Catat Ulasan

0 Ulasan