10 Jenis Makanan Penambah Darah Elok Diamalkan

10 Jenis Makanan Tambah Darah Yang Boleh Diamalkan | Masalah kurang darah tidak boleh di ambil ringan kerana ianya akan menyebabkan pening kepala, kelesuan, kelihatan pucat, berasa sesak nafas, berasa seram sejuk dan juga boleh menyebabkan kebas pada tangan. Sekiranya kita ada tanda-tanda seperti itu, pastikan kita mengambil makanan atau buah-buahan yang boleh menambah darah dalam badan.

10 Jenis Makanan Penambah Darah Elok Diamalkan


Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi yang sangat penting berfungsi  dalam menambah darah yang boleh diamalkan dalam pemakanan seharian kita dan bagi meningkatkan kadar hemoglobin (Hb) dalam tubuh badan dan makanan yang boleh membantu antaranya adalah:


10 Jenis Makanan Penambah Darah Elok Diamalkan

1. Kerang atau makanan laut

Kerang cukup mudah didapati dan murah serta ianya cukup dikenali sebagai makanan yang boleh menambah darah dan mencegah anemia. Setiap 100 gram kerang mengandungi 28 miligram zat besi. Selain kerang, tiram juga mampu membantu penambahan darah. Bagi mengekalkan nutrien didalam kerang, apa kata kita rebus dan cicah dengan sos, mudah bukan!


Selain dari itu kandung asid lemak Omega-3 dalam ikan boleh meningkatkkan bacaan Hb dan Vitamin B-12 dalam ikan baik untuk pembentukan sel-sel darah malah telur ikan punya nutrisi berkhasiat seperti protein, karbohidrat dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin


2. Daging merah 

Pastinya daging merah adalah dari kambing, kerbau atau lembu sememangnya kaya dengan protein dan mengandungi zat besi termasuk vitamin A, D, L, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3 dan Selenium dan kesemua mineral ini mampu meningkatkan kadar hemoglobin dengan cepat. Dalam setiap 100 mg daging merah terdapat 2.4 mg zat besi yang dikatakan lebih mudah diserap oleh badan berbanding dari sumber kekacang dan suka diingatkan memakan daging merah boleh menambah berat badan.


3. Ikan Bilis

Amat mudah didapati dan mudah disediakan. Kandungan zat besi di dalam ikan bilis mampu boleh menambah darah. Bagi mendapatkan zat besi daripada ikan bilis, adalah disarankan ikan bilis beserta kepala ikan bilis dimakan sekali.


4. Telur 

Bahagian kuning telur mengandung nutrien termasuk zat besi dan pengambilan kuning telur boleh menambahkan dan mengekalkan jumlah haemoglobin di dalam darah.


5. Buah Kurma 

Buah yang semakin mudah untuk didapati ini sememangnya dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah dan kurma juga turut memberi tenaga kepada kita


6. Jambu Batu

Amat disarankan untuk memperbanyakkan pengambilan buah-buahan terutama yang mengandungi Vitamin C kerana  Vitamin C akan membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh dan kajian menunjukkan jambu batu yang berwarna merah mengandungi Vitamin C yang lebih tinggi dan yang pastinya harganya murah.


7. Buah Delima 

Buah ini mengandungi zat besi dan dikatakan boleh mempertahankan jumlah sel darah merah seterusnya menambah darah dalam badan.


8. Daun Ketumbar 

Sayuran yang cukup banyaka kegunaannya di dalam sebarang masakan Thailand antaranya masakan Tom Yam malahan selalunya dimasukkan kedalam kerabu sememangnya mengandungi zat besi yang tinggi. Selain diletakkan didalam masakan, jus ketumbar jugak cukup mudah disediakan. 


9. Brokoli, Kangkung atau Bayam 

Pengambilan pelbagai jenis sayuran antaranya brokoli, kangkung malah bayam mampu membantu pembentukan sel darah merah atau hemoglobin (Hb). Paling mudah dimasak adalah Bayam yang boleh dimasak air dan tak perlu lama memasaknya. Sayuran yang sinonim dengan kartun Popeye itu sememangnya mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi selain serat, protein, kalsium hingga vitamin A dan E yang juga bagus untuk kulit dan kesihatan mata.


10. Buah-buahan

Pelbagai buah-buahan kering antaranya kismis, kurma, prun, aprikot dan buah tin yang boleh di makan seperti snek kudapan bila-bila masa.

Catat Ulasan

0 Ulasan