Tun Rahah Isteri Perdana Menteri Ke 3 Meninggal Dunia

Tun Rahah Isteri Perdana Menteri Ke 3 Meninggal Dunia | Innalillahiwainnaillahirojium.

Siapa tidak mengenali Tun Rahah atau nama sebenarnya Rahah Binti Mohamed Noah, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke 3 juga bonda kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri ke 6 Malaysia.

Tun Rahah Isteri Perdana Menteri Ke 3 Meninggal Dunia


Dilahirkan pada 11 June 1933 di Muar, Johor dan meninggal dunia pada 18 December 2020 di usia 87 tahun, merupakan isteri kepada Perdana Menteri Malaysia ke 3, Tun Abdul Razak (1922 - 1976) dan bonda kepada mantan Perdana Menteri ke 6, Najib Razak.  Tun Rahah adalah anak kepada Mohamad Noah Omar, Speaker Dewan Rakyat (1987 - 1991). Tun Suhaila, Tun Hussien Onn, Perdana Menteri ke 2 Malaysia merupakan kakak kepada Tun Rahah.

Beliau merupakan anak bongsu dari sepuluh adik beradik, bersekolah di Johor Bahru dan mengenali  Abdul Razak Hussein yang merupakan ahli aktif UMNO seteleah diperkenalkan oleh Taib Andak, sahabat Abdul Razak sewaktu menuntut di London.  Mereka kemudianya berkahwin pada 4 Septemer 1952 

Abdul Razak kemudiannya menjadi Perdana Menteri ke 2 pada tahun 1970 dan sebagai isteri kepada Perdana Menteri, beliau turut aktif sebagai Presiden Pandu Puteri Malaysia, Penaung PERTIWI dan kematian Abdul Razak di pejabat pada tahun 1976 meninggalkan Rahah pada usia 43 tahun. Tun Rahah juga pernah memegang jawatan Cansellor Universiti Tun Abdul Razak.


Perkahwinan Tun Abdul Razak dan Tun Rahah dikurniakan dengan lima orang anak 

Tun Rahah Isteri Perdana Menteri Ke 3 Meninggal Dunia

1. YB Dato' Sri Najib Tun Razak (lahir 1953), Perdana Menteri Malaysia ke 6

2. Ahmad Johari (lahir 1954)

3. Mohd Nizam (lahir 1958)

4. Mohd Nazim (lahir 1962) usahawan yang juga bekas suami kepada Norjuma Habib Mohammed ( pembaca berita dan pemilik AIDIJUMA) 

5. Mohd Nazir (lahir 1966), ketua eksekutif CIMB


Catat Ulasan

0 Ulasan