Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3 | Drama Adaptasi Novel Sabarlah Duhai Hati menggandingkan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli yang akan ditayangkan menerusi slot Akasia TV3. 

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3

Tajuk : Sabarlah Duhai Hati | Jumlah Episod : 35  | Waktu Siaran :  Isnin - Ahad (7 - 8 malam) | Tarikh Tayangan : Bermula Bulan Ramadhan


Barisan Pelakon :

Saharul Ridzwan, Amyra Rosli


Siaran : Slot Akasia TV3 | Arahan : Pali Yahya | Penulis Skrip : Rehalnuharis | Pembantu Penulis Skrip : @bikashnuridris & #DayangKartinah @ideakreatif  | Produksi : Suhan Movies


Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3

Sinopsis Drama Sabarlah Duhai Hati Di TV3

Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa, Nur Syafira bertanggungjawab menjaga adik kecil, Danish yang sebelum ini dibencinya.

Bagi mengelak rancangan Opah, Affan memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba mengelak bertentang mata dengan Affan.

Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan dari Nadia, sepupu Affan yang hendak dijodohkan Opah dengan Affan.

Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri.


Sinopsis Novel Sabarlah Duhai Hati

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”

“Sejak Fira curi hati abang.”

“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.

Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”

“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”

“Kecik hati dengan abang la ni?”

“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.

Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya? 

Catat Ulasan

0 Ulasan