Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Tonton Online Ep 1 Hingga Ep 17

Drama adaptasi novel 'Romantika 4 Hari 3 Malam' kini bersiaran di slot Lestary TV3 dengan gandingan lakonan Sean Lee dan Amelia Henderson. Drama yang telah disiarkan bermula 10 Mac setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3 dan boleh menonton semua episod secara percuma di laman wetv.vip atau di aplikasi WeTV.


Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam


Tajuk : Romaantika 4 Hari 3 Malam | Jumlah Episod : 13  | Waktu Siaran :  Rabu-Sabtu, 9:00 malam | Tarikh Tayangan : 10 Mac 2021

Pengarah : Nizam Zakaria | Penulis Skrip : Wizana Emilia | Produksi : Wiranusa Corporation Sdn Bhd


Barisan Pelakon / Watak

Amelia Henderson sebagai Lana Analia

Sean Lee sebagai Amar

Syafi Tee sebagai Hisham

Nynaa Harizal sebagai Aida Safia

Wafariena sebagai Raina

Oshin Ahmad sebagai Nia Erlina 

Daniesh Suffian sebagai Baim

Dottie sebagai Zeti

Izzendra sebagai Azlinda

Jesse Lim sebagai Encik Masri

Aida Aris sebagai Cik Norsira

Lisdawati sebagai Mak Salmah

Sahronizam Noor sebagai Dato' Zahid


Lagu Tema  (OST)

Lagu : Masih Ada

Artis : Naqiu

Komposer : Naqiu 

Lirik : WIT Mohsen


Sinopsis Drama Romantika 4 Hari 3 Malam

Mengisahkan Lana Analia Suhaimi (Amelia Henderson), seorang gadis kampung yang mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur. Lana diterima untuk bekerja di syarikat penerbitan terbesar di Malaysia malah dia ditugaskan sebagai wartawan di majalah paling laris – Majalah Sweetheart. 


Tugasan pertama Lana ialah menulis artikel mingguan bertajuk ‘Blind Date’. Lana berat hati dengan tugasan yang diberi, namun terpaksa terimanya kerana dia amat memerlukan pekerjaan itu untuk menyara ibunya dan menampung kos pengajian adik bongsunya. Tambahan lagi, Lana tidak berani melawan arahan pengarangnya, Cik Norsira (Aida Aris) yang cukup sinis, garang, serius dan terkenal dengan sifat cerewet. Lana hanya mampu berkongsi masalahnya dengan rakan serumahnya, Zeti (Dottie) dan rakan sekerjanya, Azlinda.


Bermulalah pengalaman Lana mengatur janji temu dengan lelaki-lelaki yang tidak dikenali. Lana berharap agar dipertemukan dengan ‘Encik Sempurna’ tetapi hakikatnya dia berjumpa lelaki yang pelbagai kerenah. Berdasarkan pengalamannya yang serba tidak kena itu, Lana sampaikan kepada pembaca menerusi artikel Blind Date yang tajuknya bermula dengan `Encik’. 


Encik Gamer, Encik Sombong, Encik Selekeh, Encik Playboy, Encik Anak Mak dan bermacam-macam `Encik’ yang ditemui. Tidak mengambil masa yang lama, rencana Lana mendapat pujian dan semakin diminati ramai. Lana teruja apabila dia telah memenangi hadiah pakej percutian 4 Hari 3 Malam di sebuah pulau. Di situ, Lana dan Amar Najwan (Sean Lee) dipertemukan dalam insiden yang dingin. Ekoran daripada masalah teknikal yang dialami oleh pihak hotel, Lana disalahertikan sebagai perempuan gila yang menceroboh bilik chaletnya. Selepas mendapat penjelasan daripada pihak hotel, Amar bersungguh-sungguh untuk meminta maaf daripada Lana. 


Lana dan Amar menghabiskan masa bersama-sama untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah di pulau itu. Keindahan pulau dan keprihatinan yang diberikan oleh Amar, membuatkan Lana terpikat dengan pesona lelaki kacak ini. Sayangnya, pada hari terakhir di situ, Amar secara tak sengaja terbaca rencana ‘Encik Panas Baran’. Amar salah sangka dan kecewa. Dia tinggalkan Lana tanpa apa-apa pesanan. 


Lana gagal menghubungi Amar. Walaupun dia terpinga-pinga dengan apa yang sudah berlaku, tetapi Lana meneruskan kehidupnya seperti sedia kala. Amar mula didesak oleh ibunya, Datin Bibi (Zila Bakarin) untuk bertunang dengan Aida (Nyna Hasrizal). Amar berkongsi masalahnya dengan kawan baiknya, Hisham (Syafi Tee). Kisah Amar mengenai Lana menarik perhatian Hisham dan dia ingin tahu lebih lanjut tentang gadis yang berjaya mencuri hati kawannya. Hisham menyuruh penyiasat persendirian, Juno untuk mengekori Lana. Namun, apa yang bakal berlaku adalah di luar jangkaan ketiga-tiga pemuda ini. 


Episod 1

Lana Analia wartawan Majalah Sweetheart menulis artikel mingguan berkenaan `Blind Date’. Untuk mengisi ruangan artikel tersebut, Lana terpaksa berjanji temu secara `blind date’. Pelbagai karektor lelaki ditemu, antaranya lelaki selekeh, sombong dan kuat berpeluh. Amar Najwan jejaka kacak yang merupakan CEO Syarikat Delzara Sdn Bhd. (syarikat makanan sejuk beku milik keluarga). Bujang dan tidak memikirkan soal perkahwinan kerana terlalu fokus dengan kerja. Cik Norsira editor Majalah Cinta, seorang yang garang, tidak percaya kepada cinta dan cerewet. Cik Norsira sering kali berpegang kepada prinsipnya bahawa tiada lelaki yang sempurna. Dirasakan seseorang sedang mengekorinya. Lana melajukan langkah. Dia terjatuh. Seorang lelaki menghulurkan jambangan bunga. Lana menyambut. Kemudian lelaki itu hulurkan pisau. Lana mula membuka langkah. Pisau penuh dengan gambar love menggunakan lipstick.


Episod 2

Lana memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian. Lana teruja dan amat gembira dengan hadiah tersebut. Penuh mengharap, supaya ditemukan dengan `Mr. Perfect’. Amar merancang untuk bercuti ke Pulau Impian. Cik Norsira benarkan Lana bercuti dengan syarat siapkan artikel seperti biasa. Pertemuan Lana dengan Mr. Insecure, Ibrahim Ghani (Baim) yang memiliki karektor unik. Baim seorang yang sentiasa tidak yakin dan berasa ragu dengan semua perkara. Pertengkaran mulut yang dahsyat berlaku antara Amar dan Lana. Kedua-duanya menuduh antara satu sama lain. Amar menelefon pengawal keselamatan kerana menganggap Lana seorang perempuan gila dan penceroboh. Muka Lana pucat lesi.


Episod 3

Insiden tersalah bilik, menemukan Lana dan Amar. Cinta mula berputik antara Lana dan Amar. Percutian 4 hari 3 malam di Pulau Impian dinikmati dengan indah dan bahagia. Amar dan Lana pernah bertemu sebelum ini. Amar teringat kembali yang mereka pernah satu universiti. Hisham Dato’ Zahid, mewakili Dato’ Khairul yang dituduh membunuh Datin Firda (isteri Dato’ Khairul). Lana dan Amar berjalan pulang dari spa. Lana berjalan sedikit di hadapan Amar. Lana bongkokkan badan dan petik sekuntum bunga di tepi jalan. Lana mula petik kelopak demi kelopak bunga dan mengira.


Drama Romantika 4 Hari 3 Malam Tonton Online Ep 1 Hingga Ep 17

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 

Episod 16 | Episod 17

Catat Ulasan

0 Ulasan