Drama Ryan Aralyn Di Slot Akasia TV3 Gandingan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose

Drama bersiri 'Ryan Aralyn' telah bersiaran sejak 25 September 2020 menampilkan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose. Drama terbitan Qaisworks Production, dibawah arahan Riza Baharudin dengan 28 episod di siarkan di slot Akasia TV3 menggantikan drama Pengantin 1 Malam yang bersiaran pada jam 7 malam dari Isnin hingga Jumaat.


WATAK PELAKON 

Zul Ariffin (Ryan), Raysha Rizrose (Aralyn), Fify Azmi (Hanis), Shah Iskandar (Zarul), Kodi Rasheed (Allif), Raja Azura (Kak Ruby), Arash Mohd (Malek), Aishah Atan (Nora), Sharifah Husna (Doweena), Bazly Hanif (Shakir), Ummar Dzariff (Amir), Maria Wati (Nenek Salmah), Nabil Aqil (Remy), Rizal Yum (Tokey), Numan Mohd Salleh (Abang Noh), Rashimah Bee (Mak Zarul), Hashim Osman (Ayah Zarul),  Umakhairie (Umar)


LAGU TEMA / OST 

Andi Bernadee - Penat

Caliph Buskers - Manusia 

Aepul Roza & Sarah Suhairi - Entah Apa

Ezad Lazim  - Leka

Danial - Ku Tak Rela





SINOPSIS RYAN ARALYN

Ryan yang memikul tanggungjawab menjaga nenek dalam kesempitan hidup tapi masih punya pendirian diri dalam membezakan halal dan haram. Hanis keresahan bila mengetahui dirinya mengandung namun Ryan ragu-ragu kali terakhir mereka bersama tapi tetap bersyukur.

Kejadian kemalangan menyebabkan Ryan kehilangan anaknya dan Aralyn menjadi lumpuh. Mereka kemudiannya bertemu semula namun kebenaran terus dipendam namun Aralyn tidak dapat memaafkan orang yang melanggarnya. Aralyn juga tertekan dengan perangai Zarul dan Ryan cuba menenangkan Aralyn. Berjayakah keresahan diluahkan dan dihilangkan demi cinta?

Catat Ulasan

0 Ulasan