Perginya 'Makcik Petir' Noryati Taib Lagenda Tanahair

Perginya 'Makcik Petir' Noryati Taib Lagenda Tanahair | Pelakon veteran terkenal tanah air, Hajah Noryati Bte Taib atau lebih sinonim dengan panggilan 'Makcik Petir' telah menghadap illahi pada jam 1:45 minit pagi. Perkongsian yang dimuat naik oleh anaknya menerusi akaun Facebook Faizul Hafiz Hashim dibanjiri komen-komen wargamaya yang turut merasai kehilangan seorang lagenda tanah air.

Perginya 'Makcik Petir' Noryati Taib Lagenda Tanahair

Menerusi sebuah ciapan di Twitter, Makcik Petir amat dikenali kerana karakternya yang kelakar dan seorang yang sangat bersahaja. Bukan mudah untuk menjadi seorang pelakon, lebih-lebih lagi menjadi seorang pelakon veteran. Untuk menghafal dialog dalam sebuah babak filem atau drama itu memerlukan masa dan tenaga yang setimpal.  Meninjau di media sosial Twitter pula, rata-rata daripada mereka berkongsi beberapa ayat yang pernah diungkapkan oleh Allahyarharmah Noryati dalam drama-drama popular beliau seperti Sinderala, SyurgaMu Ramadan, Dotty dan Tari Tirana. 

Perginya 'Makcik Petir' Noryati Taib Lagenda Tanahair

Meninjau di ruangan komen penerbit dan pengarah Shahrulezad Mohameddin atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat, dapat dilihat rakan-rakan artis turut meluahkan perasaan sedih di atas pemergian pelakon yang terhormat ini. Beruntung pelakon-pelakon tanah air kita yang pernah berlakon bersama dengan Makcik Petir ini. Mesti banyak ilmu dan pengajaran dalam bidang lakonan yang beliau turunkan kepada anak-anak seni yang baru menjejakkan kaki ke dunia seni. Antara pelakon yang pernah bergandingan dengan Makcik Petir ini ialah Elfira Loy dan Ungku Ismail Aziz.

Berita lanjut  : https://www.koolfm.com.my/koolhiburan-lagenda-tanah-air-makcik-petir-meninggal-dunia/

Terdahulu beliau pernah disahkan positif Covid19 pada bulan Februari dan disahkan bebas selepas 2 minggu.

Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah

Catat Ulasan

0 Ulasan