Sinopsis Malaysian Ghost Stories

Himpunan kisah seram dalam drama 'Malaysian Ghost Stories' berkaitan alam mistik legenda yang sering diceritakan secara turun temurun dalam pelbagai versi oleh masyarakat di Malaysia. Sebanyak 18 buah cerita hantu yang berlainan  pada setiap episod telah mula ditayangkan pada 25 Ogos 2021, setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam di Astro Ria. 

Anda juga boleh strim di menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.


Judul  : MALAYSIAN GHOST STORIES | EPISOD : 18

TARIKH TAYANGAN : 25 Ogos 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 11:00 malam

SIARAN TV : Astro Ria

IDEA ASAL: Syawal Azrai 

PENULIS SKRIP : Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang, Amar Amir

PENGARAH : Azhari Zain, Izuan Mokhtar, Eoon Shuhaini

PRODUKSI : Arie Zaharie Production, AA Success Pictures

PELAKON : Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Ellie Suriaty, Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah, Azman Ahmad, Hanna Aqeela, Azar Azmi, Fimie Don, Nabil Aqil, Balkisyh Semundur Khan, Erry Putra, Hamdan Senario, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Fadhli Masoot


Sinopsis Malaysian Ghost Stories


Episod 01 - Nenek Hostel

Pelakon: Ruminah Sidek, Chubb-E, Fadhli Masoot, Fariz Isqandar, Azman Ahmad

Sinopsis: Sebuah asrama diganggu jelmaan nenek yang muncul sebaik lampu di matikan dan mula mengira penghuni yang belum tidur. Gangguan berlarutan hingga hampir meragut nyawa mereka. Mereka harus menyelesaikan gangguan mistik tersebut.


Episod 02 - Jin Pemusnah

Pelakon: Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi, Tuan Asmawi, Hamidah Wahab

Sinopsis: Rumah tangga Johan dan Munirah semakin panas. Anaknya pula sering menangis dan Munirah keguguran. Hal ini berkaitan dengan sikap Johan yang sering pulang lewat senja.


Episod 03 - Hantu Kum Kum

Sinopsis: Seorang wanita memilih jalan sesat demi kecantikan. Wajahnya menjadi hodoh setelah dia melanggar pantang larang yang dikenakan. Dia perlu menghisap darah 40 gadis sunti sebagai bayaran.


Episod 04 - Nenek Kebayan

Sinopsis: Azri bertemu Laila di kawasan air terjun dan terpikat dengan kecantikkannya. Mereka jatuh cinta, sehinggakan Azri mengikuti Laila tanpa menyedari mainan ilusi nenek kebayan yang sebenarnya sedang menyamar.


Episod 05 - Nu Gui

Pelakon: Keith Foo, Daniella Sya, Jesse Lim, Derrick Yifan, Ammar Bahri 

Sinopsis: Alice telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Tunangnya, Andy tidak dapat menerima kenyataan dan menyeru roh Alice. Kini roh Alice yang tak tenteram memakai baju merah mula memburu perogolnya.


Episod 06 - Hantu Raya

Pelakon: Kazar Saisi, Sabrina Ali, Eric Fuzi, Tuan Asmawi

Sinopsis: Pak Karim membela hantu raya untuk menjaga tanahnya. Suatu hari pak karim keluar menjerat ayam hutan namun hantu rayanya telah menyamar dan bersama dengan isterinya.


Episod 07 - Rumah Sewa RM100

Pelakon: Zizi Zulkifli, Meerqeen, Fimie Don, Nabil Aqil, Ariel Fesol, Hamdan Senario


Episod 08 - Pocong

Pelakon: Janna Nick, Nesa Idrus

Catat Ulasan

0 Ulasan