Telefilem Pinjamkan Aku Pelangi di TV1

Jom tonton telefilem Pinjamkan Aku Pelangi, bersempena sambutan Hari Sukan Negara, pada 7 Oktober ini, 10.00 malam di TV1.

 

Pinjamkan Aku Pelangi


Pinjamkan Aku Pelangi

Waktu Tayangan: Sabtu, 7 Oktober 2023, 10:00 malam

Rangkaian: TV1 / RTMKlik 

Penulis Skrip: Lynnda Sharudin

Pengarah: Amie Maziah Abdul Rahman

Produksi: Alliance Concord Media Sdn Bhd

Pelakon: Danish Hazriq, Muhammad Ariff Abdullah (Buntat), Putri Qaseh Izwandy, Nafiz Muaz, Didi Astilah, Mubarak Majid, Kuza Muzani, Aleza Shadan, Mahmud Ali Bashah.


Sinopsis Pinjamkan Aku Pelangi

Memaparkan kehidupan seorang pelajar bernama Fuad yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemain badminton. Fuad tinggal bersama ibu, ayah dan seorang adik perempuan, Munirah.


Sementara itu, Shahizam pula seorang pelajar yang baru berpindah dari bandar ke kampung. Dia mula berkawan dengan Fuad. Shahizam mula membiasakan diri dengan kehidupan di kampung. Shahizam bangga dengan Fuad kerana mempunyai cita-cita yang tinggi walaupun hidupnya serba kekurangan.


Malangnya hubungan baik Shahizam dengan Fuad kurang disenangi oleh ibu Shahizam. Dia memarahi Fuad kerana berkawan dengan anaknya. Fuad yang kesedihan kemudiannya berjalan pulang ke rumah.


Namun tanpa diduga dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Shahizam sangat sedih dan berjanji untuk merealisasikan impian Fuad. Begitupun adakah dia berjaya mencapai impian arwah sahabat baiknya itu?


Drama bersiri Langkah Terakhir Pak Ngah akan disiarkan mulai 4 Oktober ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 6:45 petang di TV1.


Catat Ulasan

0 Ulasan