Dialog Sesudah Senja (TV2)

Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang diraikan bulan Oktober ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menayangkan sebuah karya khas terbitan Unit Drama TV RTM (UDTV) di TV2 pada 25 Oktober 2023 ini

 


Drama pendek bertajuk “Dialog Sesudah Senja’ yang mengetengahkan pelakon utama Jay Iswazir, Fadhli Masoot, Izzendra dan Fadilah Mansor ini boleh diikuti menerusi penstriman langsung RTMKlik.


Dialog Sesudah Senja

Waktu Tayangan: Rabu, 25 Oktober 2023, 9:30 malam

Rangkaian: TV2 / RTMKlik

Penulis Skrip: Azrie Izham

Pengarah: Danny Alamsyah

Produksi: Unit Drama TV RTM

Pelakon: Jay Iswazir, Fadhli Masoot, Izzendra, Fadilah Mansor


Sinopsis Dialog Sesudah Senja

Kisah watak pemuda bernama Hasib berasal daripada keluarga yang berantakan dan mengalami tekanan akibat perasaan serba salah melihat ibunya yang bersusah-payah berusaha memastikannya berhasil menggenggam segulung ijazah. Keadaan diburukkan lagi apabila ibunya didera oleh ayahnya yang bengis.


Sementara itu Hakim pula merupakan pensyarah di sebuah universiti dengan karier sukses tampak normal namun hakikatnya tertekan untuk terus mengekalkan momentumnya sebagai ahli akademik yang berjaya. Ini diburukkan lagi dengan keluarganya berpecah-belah apabila pilihannya terhadap kerjaya adalah lebih utama.

Catat Ulasan

0 Ulasan