Filem Mat Tudung Begins Di Pawagam 3 Ogos 2023

Filem Mat Tudung Begins yang akan mula ditayangkan di pawangam seluruh negara bermula 3 Ogos 2023 adalah arahan pertama Dato Fizz Fairuz. Pasti ramai yang melihat airtangan pelakon yang cukup dikenali dengan pelbagai watak dan tak pernah mengecewakan lakonananya. 


Beliau juga mengambil watak utama bersama Achey, Abang Gee yang pasti menggamatkan pawangan dan menghiburkan penonton nanti.


Filem Mat Tudung Begins


Mat Tudung Begins

Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2023

Penulis Skrip: Aloy Paradoks

Pengarah: Fizz Fairuz

Produksi: Rain Maker Creation Sdn Bhd


Pelakon

Dato Fizz Fairuz (Johari / Johanna) | Achey (Sabri / Sabrina) | Isyariana (Neesa) | Maryam Durian Kimchi (Datin Mun) | Kazar Saisi (Datuk Wahab) | Fazlina Ahmad Daud (Madam Lola) | Abang Gee ( Abang Gee) | Mimi Peri


Sinopsis Mat Tudung Begins

Mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Johari yang bekerja di sebuah hotel. Hotel tempat dia berkerja bakal menerima kedatangan juri The Forbest – iaitu sebuah badan penilai yang akan membuat penilaian sama ada hotel berkenaan layak mendapat tambahan bintang atau tidak. Namun pihak hotel diberitahu bahawa juri akan datang secara rahsia dan membuat penilaian selama satu minggu. Ini sangat menggusarkan Abang Gee iaitu pengurus hotel tersebut.


Kemudian Johari bersama rakan sekerjanya, Sabri mula mengesyaki bahawa sebuah keluarga yang datang menginap di situ adalah juri The Forbest. Ini kerana lagak dan gerak-geri keluarga Dato Wahab dan Datin Mun bersama anak mereka, Neesa sangat mencurigakan dan mereka tidak kelihatan seperti keluarga yang sebenarnya. Johari juga cuba mendekati Neesa, tetapi gagal. Akhirnya Johari menggunakan kaedah menyamar menjadi seorang wanita bertudung bernama Johana, semata-mata mahu rapat dan mendekati Neesa.

Catat Ulasan

0 Ulasan