Terima Kasih Cikgu, Selamat Hari Guru

Terima Kasih Cikgu, Selamat Hari Guru | Selamat Hari Guru buat semua guru di mana saja anda berada juga untuk bekas guru yang telah pencen.  Tanpa guru siapalah kita dan apakah yang kita telah capai dalam hidup kita. Guru umpama lilin menerangi kegelapan murid-muridnya mengajar ktia  mengenal huruf sehingga kita pandai dan mampu mengajar orang lain.


Hari Guru adalah hari istimewa bila kita melafazkan dan menzahirkan ucapan terima kasih tak terhingga atas pengorbanan mereka. Jadi, kami kongsikan ucapan Selamat Hari Guru Kepada Guru Tersayang. Semoga segala ingatan kita walau sekadar ucapan akan menggembirakan hati guru atau cikgu yang kita sayangi.



Puisi Usman Awang

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulamak yang mulia

Jika hari ini seorang peguam yang menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa..

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, 

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca.

"Selamat Hari Guru."


1. Untuk semua guru yang kami sayangi. Untuk kalian yang banyak berjasa. Pengorbanan kalian amat kami muliakan. Teruskan mendidik anak bangsa dan menjadi pelita yang sentiasa menyala


2. Walau keberadaan kita jauh beribu batu, terpisah oleh lautan dan benua.. tetapi jasa dan pengorbanan seorang guru amatlah berharga. Muliakanlah seorang guru kerana usaha tanpa jemunya telah menjadikan kita manusia pada masa kini. 


3. Guru, dalam ajarmu ada harapan, dalam teguranmu ada doa, dalam marahmu ada sayang, dalam mesramu ada takwa, dalam diammu ada bijaksana, dalam didikan dan tanganmu, kami kini menjadi insan berilmu dan berguna. 


4. Kau umpama lilin yang menerangi kegelapan, semoga usahamu yang murni akan melahirkan insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


5. Guru, Tanpamu dunia ini gelap gelita, Tanpamu sudah pasti kami tidak tahu membaca, Tanpamu juga kami akan meraba-raba. Selamat Hari guru


6. Guru, Dalam ajarnya ada harapan, Dalam tegurnya ada doa, Dalam marahnya ada sayang, Dalam tawanya ada mesra Dalam diamnya ada kebijaksanaan. Dalam tangannya sahsiah kita terbina. Selamat Hari Guru


8. Cikgu, tidak tergambar oleh bicara mahupun tuturkata, Kerana banyaknya jasa cikgu, Semoga Allah merahmati jasa yang telah cikgu dicurahkan. Yang menjadikan kami insan mengenal tuhan. Semoga segala kebaikan yang telah dicurahkan menjadi asbab untuk para guru ke syurga.


9. Wahai guru pengasuh jiwa, Jasamu tidak akan ku lupakan. Terima kasih kerana telah mendidiku. Selamat hari guru kepada semua guru-guruku.


10. Selamat Hari Guru. Semoga dikau ikhlas selalu. Memberikan ilmu tanpa jemu. Semoga Allah membalas jasamu. Membimbing kami menjadi berilmu




Catat Ulasan

0 Ulasan