Drama Risik Pada Hati (TV3)

Drama Risik Pada Hati (TV3) | Nantikan drama adaptasi novel Risik Pada Hati karya Hanni Ramsul dibintangi oleh Alif Satar,  Ummi Nazeera dan Zara Zyaa akan menemui penonton di slot Akasia TV3. 

 



Risik Pada Hati

Tarikh Tayangan: 2022

Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam 

Rangkaian: Akasia TV3

Novelis: Hanni Ramsul

Pengarah: Pali Yahya

Produksi: Zamriez Golden Pictures

Pelakon: Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam, Shazia Rozaini


Watak Pelakon

Alif Satar sebagai Adam

Ummi Nazeera sebagai Hayfa

Zara Zya sebagai Aisya

Shiqin Kamal sebagai Suhara


Sinopsis Risik Pada Hati

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.


“Kenapa uji cinta abang macam ni?” Adam


“Ayfa tak uji cinta abang. Ayfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita.” - Hayfa


“Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?” - Aisya


Namun, benarkah pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?


Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.


Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?

Catat Ulasan

0 Ulasan