Aplikasi Whatsapp Bakal Ada Fungsi Cipta Sticker ?

Aplikasi Whatsapp Bakal Ada Fungsi Cipta Sticker ? 

Dengan adanya ciri sticker didalam WhatsApp, perbualan boleh jadi lagi meriah. Namun ketika ini, aplikasi WhatsApp itu sendiri tidak mempunyai fungsi yang membolehkan kita mereka bentuk sticker.



Kita hanya berharap dengan aplikasi pihak ketiga. Tetapi perkara ini mungkin berubah tidak lama lagi dimana kita boleh cipta sticker sendiri dari dalam aplikasi WhatsApp.



Fungsi tersebut telah dikesan oleh Mukul Sharma dan difahamkan berada dalam fasa ujian dan hanya boleh diakses menerusi platform WhatsApp Web.


Buat masa sekarang, WhatsApp belum keluarkan apa-apa kenyataan lagi tentang fungsi ini. Dikatakan juga ia mungkin dilepaskan kepada pengguna dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan