Himpunan Mutiara Kata Hamka Tentang Cinta | Kata-kata HAMKA mampu menjentik hati orang yang membaca dan menghayatinya kerana beliau menulis sesuatu dengan penuh jiwa dan perasaan.
Maka tidak hairanlah mutiara kata HAMKA banyak yang menyentuh hati kita terutamanya kata-kata hikmah beliau tentang kehidupan yang penuh dengan nasihat dan didikan yang penuh inspirasi.
“Bahawasanya cinta yang bersih dan suci murni itu, tidaklah tumbuh dengan sendirinya.” – HAMKA
“Cinta sejati tidaklah meminta balas jasa.” – HAMKA
Kalau hati telah jatuh cinta, yang berat rasanya jadi ringan, pendakian di rasa tanah datar saja, kepayahan dijadikan suatu bingkisan kasih kepada si jantung hati. – HAMKA Lembaga Budi
“Kalau cinta itu hanya pada kecantikan, maka kecantikan seorang perempuan kelak akan dikalahkan pula oleh kecantikan yang lain” – HAMKA
“Kehidupan ini seumpama BUNGA, maka CINTA adalah madunya.” – HAMKA
“Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan” – HAMKA
“Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.” – HAMKA
“Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan.” – HAMKA (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck)
“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.” – HAMKA (Tenggelamnya Kapal Van der Wijck)
“Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.” – HAMKA
“Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun, apabila sampai saatnya itu raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hatinya.” – HAMKA
Sumber Rujukan Mutiara Kata Hamka
Dari Lembah Cita-Cita
Falsafah Hidup
Tafsir al-Azhar
Lembaga Budi
Peribadi Hebat
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Tasawuf Moden
Akhlaqul Karimah
Facebook Prof. Dr. Hamka
Instagram Hamka Centre
0 Ulasan