Ciri Baharu Dalam MySejahtera Bermula Bulan Depan

Ciri Baharu Dalam MySejahtera Bermula Bulan Depan





Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa satu ciri baharu akan ditawarkan dalam aplikasi MySejahtera bermula bulan depan.


Ciri tersebut disediakan bagi membolehkan individu memohon dos penggalak untuk memenuhi syarat negara lain termasuk bagi urusan mengerjakan umrah atau menunaikan haji.


Dengan ini, individu yang mahu menunaikan umrah tetapi tidak menerima jenis vaksin yang ditetapkan Arab Saudi boleh berbuat demikian, iaitu memohon suntikan penggalak.


Dalam pada itu, Khairy turut menyatakan bahawa Malaysia masih berunding dengan kerajaan Arab Saudi mengenai jenis vaksin COVID-19 agar tiada diskriminasi.


Buat pengetahuan, kerajaan Arab Saudi sebelum ini dilaporkan hanya menerima empat jenis vaksin sekiranya mahu ke negara berkenaan - Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna sahaja.


Sumber: bernama

Catat Ulasan

0 Ulasan