Santai Hujung Minggu Di Awesome TV Dengan Jurassic Park III, Mann dan Mak...Adib Pulang

Santai Hujung Minggu Di Awesome TV Dengan Jurassic Park III, Mann dan Mak...Adib Pulang | Tonton Filem Jurassic Park III, Mann dan Mak...Adib Pulang akan disiarkan di Awesome TV di kaca televisyen.


Judul : Jurassic Park III 



Waktu Siaran : 1 Mei 2021, 9.00 malam di Awesome TV.

Dibintangi : Sam Neill, William H. Macy, Téa Leoni, Alessandro Nivola, Trevor Morgan dan Michael Jeter.

Pengembaraan dan sains fiksyen merupakan sekuel ketiga dan filem terakhir dalam trilogi Jurassic Park yang diarahkan oleh Joe Johnston. Jurassic Park III mengisahkan tentang Paul dan Amanda Kirby, sepasang suami isteri yang kaya telah menawarkan dana penyelidikan kepada Dr. Alan Grant, dengan syarat dia perlu menemani mereka untuk mencari anak mereka yang hilang di sebuah pulau yang mati. 



Judul : Mann 



Waktu Siaran : 1 Mei 2021, jam 11.05 malam di slot Hindi Specials. 

Sebuah filem percintaan hindi yang ditulis dan diarahkan oleh Indra Kumar. Filem yang dibintangi oleh Aamir Khan dan Manisha Koirala ini menceritakan tentang Priya (Manisha) yang telah memenangi sebuah pelayaran, di mana dia bertemu Dev (Aamir Khan) dan jatuh cinta padanya. Namun disebabkan masing-masing terikat dengan perkahwinan yang diatur oleh keluarga masing-masing, mereka berpisah dan berjanji untuk bertemu lagi selepas setahun. 


Judul : Mak...Adib Pulang 



Waktu Siaran : 2 Mei 2021, Ahad, 9.00 malam di slot Ohsem

Lakonan Umar Dzariff, Nadiya Nisaa, Maria Farida dan Azri Iskandar.

Mengisahkan Adib seorang anak yatim piatu, diambil oleh sebuah keluarga dan dijadikan anak angkat. Mak angkatnya cuba sedaya upaya untuk menjadi ibu yang terbaik kepada Adib. Namun, Adib merasakan dia telah mengkhianati ibunya sehingga menyebabkan dia lari balik ke rumah ibu kandungnya. Setelah kehilangan Adib, mak angkatnya cuba mencari Adib semula tetapi gagal.



Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan

Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang

Awesome TV di www.awesometv.my.

Catat Ulasan

0 Ulasan