Breaking News

Legenda Bolasepak Diego Maradona Meninggal Dunia Di Usia 60 tahun

Legenda Bolasepak Diego Maradona Meninggal Dunia Di Usia 60 tahun | BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia pada umur 60 tahun, menurut jurucakap keluarganya.

Legenda Bolasepak Diego Maradona Meninggal Dunia Di Usia 60 tahun

Nama: Diego Armando Maradona Franco

Tarikh Lahir: 30 Oktober 1960

Tempat Lahir: Buenos Aires, Argentina

Kerjaya Bola Sepak:


Mewakili kelab -

* Argentinos Juniors (1976-81)

* Boca Juniors (1981-82)

* Barcelona (1982-84)

* Napoli (1984-91)

* Sevilla (1992-93)

* Newell's Old Boys (1993)

* Boca Juniors (1995-97)

Kaps Antarabangsa: 91 (1977-94)

Jaringan Gol Antarabangsa: 34


Maradona antara pemain terbaik sepanjang zaman dan juga bekas kapten Argentina, meninggal dunia akibat serangan jantung. Presiden Argentina, Alberto Fernandez serta-merta mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari di seluruh negara.

Sebelum berita mengejutkan itu, media Argentina melaporkan Maradona mengalami masalah kesihatan yang serius dan dipantau rapi doktor di rumahnya di utara Buenos Aires.

Maradona bersama skuad kebangsaan Argentina menjulang Piala Dunia pada 1986.

Beliau dilaporkan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan pada 30 Oktober, tetapi kemudiannya diumumkan telah menjalani satu pembedahan di bahagian kepala.

Maradona dibenarkan pulang pada 12 November. - AFP


sumber : Berita Harian





No comments