Drama Khilaf Yang Tertulis Di Slot Samarinda TV3

Drama bersiri 'Khilaf Yang Tertulis' terbitan Saphire Screen arahan bersama Jamal Khan dan Riza Baharudin akan disiarkan bermula 27 Mei 2024, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di slot Samarinda TV3 atau strim di Tonton.



Khilaf Yang Tertulis

Episod: 15

Tarikh Tayangan: 27 Mei 2024

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton

Penulis Skrip: Moonamka, Chinta Nadessha - PGR's Team

Pengarah: Jamal Khan & Riza Baharudin

Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd


Watak Pelakon

Fasha Sandha sebagai Misha

Fadlan Hazim sebagai Nordin

Puteri Balqis sebagai Yana

Danish Hazriq sebagai Rizal

Rafique Iskandar sebagai Aman

Ashraf Muslim sebagai Amir

Chacha Maembong sebagai Sofia

Zamarul Hisham sebagai Firdaus

Syazuwan Hassan sebagai Kamal


Lagu Tema (OST)

Lagu: Sebenar

Penyanyi: Puteri Khareeza

Komposer & Lirik: Firdaus Rahmat


Sinopsis Khilaf Yang Tertulis

Misha (Fasha Sandha), seorang suri rumah yang hidup kesepian walaupun serba cukup dan mewah. Kesetiaan Misha mula teruji apabila akhir-akhir ini mula merasakan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada suaminya.


Firdaus (Zamarul Hisham) jarang bersamanya kerana tuntuan kerja sebagai Jurutera di Syarikat Pelantar Minyak. Mereka hanya bertemu seminggu selepas berbulan-bulan berada di laut. Mereka juga dikurniakan tiga orang anak iaitu Yana (Puteri Balqis), Rizal (Danish Hazriq), dan Aman (Rafique Iskandar).


Hasil terlalu banyak menghabiskan masa di sosial media, Misha mula mempunyai skandal iaitu Nordin (Fadlan Hazim). Nordin tempat dia bermanja dan meluahkan rasa kesepiannya. Misha mula bahagia sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Catat Ulasan

0 Ulasan