Telefilem Hierarki Di Astro Ria (Ulangan)

Telefilem Hierarki menampilkan 12 finalis Hero Remaja 2021 akan diulang tayang pada 3 Februari 2024, Sabtu pukul 10 malam di Astro Ria.



Sinopsis Hierarki

Menceritakan tentang beberapa remaja yang mempunyai masalah hidup yang berbeza yang tiba tiba mendapat jemputan ke sebuah game, Vertigo di mana pemenang akan memenangi RM10,000.


Fazz, seorang selebriti media social, Ijan- seniman jalanan, Megat - si gelandangan, Jali - bekas banduan, Wafi - pemuda istimewa juga mangsa buli serta Saikoboi - seorang gamer yang punya banyak hutang. Mereka ini telah dijemput menyertai satu eksperimen psikologi rahsia di suatu kordinat yang tiada titik liputan.


Mereka dan 4 lagi peserta diuji secara fizikal dan mental di sebuah kapal korek usang. Hanya yang berjaya akan selamat, yang gagal maut menjelang.


Experimen ini telah menjadi pemangkin kepada perubahan emosi, pemikiran, kepercayaan dan ketahanan anak-anak muda ini. Pelbagai debaran sepanjang mereka menjalani penyelidikan ini- termasuk komplot balas dendam bertahun tiba-tiba muncul yang akhirnya menyemarakkan kemarahan.


1 demi 1 tewas. Yang selamat bertungkus lumus untuk melepaskan diri dari experimen ini. Mampukah mereka melakukan?


Info Drama

Drama : Hierarki

Waktu Siaran: Sabtu, 3 Februari 2024, 10:00 malam 

Rangkaian: Astro Ria, Astro Go

Penulis Skrip: Boy Fareed Sharif

Pengarah: Boy Fareed Sharif

Produksi: Ideaktiv


Barisan Pelakon

Pelakon: Amir Ahnaf, Fazziq Muqris, Mierul Aiman, Ideen Azman, Afiq Hamidon, Zaid Erakad, Kamarool Hj Yusoff, Nam Ron, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Rosyam Nor, Razman Mahayuddin, Nina Amin



Catat Ulasan

0 Ulasan