Filem Geng Kubur

Akan datang filem seram berjudul 'Geng Kubur' akan ditayangkan di panggung wayang Malaysia mulai 25 April 2024. Filem arahan Gavin Yap ini menampilkan barisan pelakon-pelakon muda seperti Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki, Lion Chong dan Sasidaran selaku teraju utama.



Sinopsis Geng Kubur

Mengisahkan tentang empat orang sahabat baik - Firhan, Fang Liang, Prem dan Melati yang menjadikan kubur tempat lepak mereka (kubur bukan muslim).


Firhan yang kehilangan ibu akibat kemalangan 10 tahun lalu, masih tidak dapat melupakan ibunya dan dia sering bergaduh apabila emosinya terganggu.


Dia merasakan mimpinya adalah reality dan percaya ibunya masih hidup dan telah mengajak kawan-kawannya pergi ke tempat kejadian untuk mencarinya.


Semasa berada di hutan, pemikiran mereka telah dimanipulasi dan mereka mengalami pelbagai kejadian aneh yang menakutkan.


Geng Kubur

Tarikh Tayangan: 25 April 2024

Idea Asal: Gavin Yap Gavin Yap

Penulis Skrip: Gavin Yap & Honey Ahmad

Pengarah: Gavin Yap

Produksi: Iron Hill Media Sdn Bhd


Watak Pelakon

Firdaus Sufiyan sebagai Firhan

Mia Sara Shauki sebagai Melati

Lion Chong sebagai Fang Liang

Sasidaran sebagai Prem

Nabil Zakaria sebagai Mus

Nadia Aqilah sebagai Nurul (ibu Firhan)

Muhammad Saif sebagai Firham (kecil)

Mia Sabrina Mahadir sebagai Hantu Hutan

Amir Ameezan sebagai Amir (ayah Firhan)

Ghafir Akbar sebagai Kaunselor

Grace Ng sebagai Ibu Fang Liang

Terry Gallyot sebagai Ayah Fang Liang

Charles Roberts sebagai sebagai Ramu

Bella Rahim sebagai Hantu Kopek

Mogan Chandra Dass sebagai Ayah Prem

N. Dharshini C. Nadarajah sebagai Ibu Prem

Catat Ulasan

0 Ulasan