Drama Rampas Cintaku 2 Di iQIYI 19 Januari 2024

Jom tonton drama Rampas Cintaku Musim 2 yang akan ditayangkan di platform iQIYI pada 19 Januari 2024 ini. Drama terbitan MIG Production ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Ady Mohammad, Puteri Balqis Ashikin dan ramai lagi.

Rampai Cintaku 2


Rampas Cintaku 2

Episod: 12

Tarikh Tayangan: 19 Januari 2024

Waktu Siaran: Jumaat-Sabtu, 9 malam

Rangkaian: iQIYI

Penulis Skrip: Azzu Roslan

Pengarah: Ejump Mohd

Produksi: MIG Production Sdn Bhd


Watak Pelakon

Fasha Sandha sebagai Safieya | Afieq Shazwan sebagai Rizal | Puteri Balqis Ashikin sebagai Rina | Erra Fazira sebagai Dato’ Nasha | Keith Foo sebagai Hisyam | Ady Mohammad sebagai Ashraf | Zarynn Min sebagai Mak Ngah Ila | Zamarul Hisham sebagai Tuan Jamaluddin | Alya Iman sebagai Dania | Aniq Iffat sebagai Farid | Ezaidi Aziz sebagai Nafis | Bea Balqis Rameshan | Lorenzo Irman sebagai Haris| Elly Arifin


Sinopsis Rampas Cintaku 2

Setahun melayari bahtera bahagia, kini hubungan Datin Safieya dan Rizal mulai goyah! Dato Jefri muncul semula untuk merampas hati Datin Safieya. Namun, dengan adanya Rizal di sisi, Datin Safieya semakin kuat walaupun terpaksa menghadapi dugaan berumahtangga. Akan tetapi, kesabarannya diuji lagi apabila suami tercinta menyambung pengajian ke luar negara.  Tertekan dan tersepit tanpa cinta hati di sisi, Datin Safieya semakin bergelut dengan emosinya apabila mendapat tahu tentang rahsia gelap Rina. Rina yang trauma dengan peristiwa tragis yang menimpa dirinya membuatkan Safieya merasa dirinya tidak berguna kerana tidak menjaga Rina.. Dengan secebis kekuatan yang ada, Safieya bangkit untuk memperbetulkan segalanya. Namun masa lalu telah kembali menghantuinya..


OST Rampas Cintaku 2

#PersisSalju nyanyian @datuksyafinazofficial

#Debu nyanyian @dayangsayangkamu & @amir.masdi

Catat Ulasan

0 Ulasan