Drama Alice Kampung Baru (TV3)

Jom tonton drama bersiri Alice Kampung Baru, arahan Liyana Jasmay akan dapat ditonton secara ekslusif di Tonton bermula 11 Disember 2023. Untuk menonton, sila muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my.


Alice Kampung Baru


Drama : Alice Kampung Baru

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 11 Disember 2023

Penulis Skrip: Faten Syamimie

Pengarah: Liyana Jasmay

Produksi: Mermaid Studios


Watak Pelakon

Amelia Christie sebagai Alice

Sky Iskandar sebagai Rico

Serra Kamal sebagai Ria

Alif Muhaimin sebagai Hilmi

Sharifah Rose sebagai Siska

Muntazar Ghufran sebagai Alif

Aniq Durar sebagai Raz

Shafiq sebagai Rudy

Sazzy Falak  sebagai May

Mustaqim Bahadon sebagai Mikhail


Sinopsis Alice Kampung Baru

Menceritakan tentang sekumpulan budak skate di Kampung Baru.


Alice (Amelia Christie) dan ibunya, May (Sazzy Falak) baru berpindah ke Kampung Baru bagi mencari nafas baru dengan harapan untuk lari daripada masalah dan kehidupan lamanya.


Alice berkawan dengan Ria (Serra Kamal) dan Siska (Sharifah Rose), remaja di Kampung Baru yang mempunyai masalah mereka tersendiri. Ria berdepan masalah bapa tirinya yang pemarah dan Siska pula miskin sehingga perlu mencuri makanan.


Sebagai gadis yang baru tiba di bandar besar, Alice kasihan melihat nasib kawan-kawan barunya dan ingin membantu menyelesaikan masalah mereka.


Pada masa yang sama, Alice menaruh minat pada seorang pemuda bermasalah di kawasan kejiranannya bernama Raz (Aniq Durar).

Catat Ulasan

0 Ulasan