Sambutan Hari Malaysia Ke 60 Di Sarawak

Sambutan Hari Malaysia ke 60, hari ini akan disambut di Kuching, Sarawak dengan cogan kata ‘Segulai Sejalai’yang diambil dari bahasa Iban yang bermaksud  ‘Berjalan Seiringan’ itu bertepatan dengan matlamat Kerajaan Perpaduan untuk mengukuhkan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.


Kerajaan juga telah menetapkan logo rasmi 'Malaysia MADANI' beserta mengangkat tema rasmi iaitu 'Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'.

Hari Malaysia


Sambutan Hari Malaysia 2023, Peringkat Kebangsaan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 September 2023 (Sabtu),

Tempat : Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak

Masa : Jam 7.00 malam.


Mari kita ramai-ramai ke Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak, pada 16 SEPTEMBER 2023, jam 7.00 MALAM sempena Sambutan Hari Malaysia 2023. 


Sambutlah Hari Malaysia 2023 dengan penuh kebanggaan dan jiwa yang penuh semangat patriotisme!


Pelbagai acara dan persembahan menarik, antaranya, persembahan pembukaan tarian kontemporari berkonsepkan “Soul of Malaysia”, Persembahan Khas Muzikal “Segulai Sejalai” dan saksikan juga persembahan artis-artis terkenal tanah air.


Jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.


Ikuti siaran langsung menerusi semua stesen penyiar atau menerusi Facebook live @Kementerian Komunikasi dan Digital dan @Merdeka360.





Catat Ulasan

0 Ulasan