Drama Pemburu Rahsia di Slot Samarinda TV3

Drama siri suspen thriller, Pemburu Rahsia terbitan Zeel Production , arahan Feroz Kader telah mula  bersiaran mulai 5 September 2023, pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda, TV3 atau strim di tonton.com.my


Pemburu Rahsia


#PemburuRahsia

Episod: 15

Tarikh Tayangan: 5 September 2023

Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam  

Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton

Penulis Skrip: Marr Mohamad

Pengarah: Feroz Kader

Produksi: Zeel Production

Lagu Tema (OST): Pemburu Rahsia - Rahmad Mega


Watak Pelakon

Intan Najuwa sebagai Aliya

Adam Lee sebagai Waiz

Scha Elinnea sebagai Marissa Damia

Haliza Misbun sebagai Suraya

Muaz Zabir sebagai Ikmal

Raff Roslee sebagai Syaqir

Kimberly Chuah sebagai Elijah

Silfeny Osman sebagai Detektif Fasha

Zarul Husin sebagai Inspektor Rahmat

Fariz Isqandar sebagai Hakimy

Raden Zaharatul sebagai Bella

Kween Keela sebagai Nadine Ahmad

Dina Allysha sebagai Elisa

Izzulfaiq sebagai Koddy

Royce Iqram sebagai Daniel

Adwafri Shah sebagai Qoyyum

Azri Iskandar

Jesse Lim

Lydiawati


Sinopsis Pemburu Rahsia

Seorang gadis, Marissa Damia Nordin, seorang pempengaruh di media sosial telah ditemui mati di kawasan sebuah kolej. Mangsa dikatakan telah membunuh diri dan telah terjun daripada tingkat 7 bangunan kolej berkenaan.  Sebelum membunuh diri, mangsa dikatakan sempat membuat 'live' di laman media sosialnya dalam keadaan menangis.


Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.


Tidak lama kemudian, Aliya telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.


Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Dipacu rasa kasih seorang kakak, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz yang merupakan kaunselor.


Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. 


Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya?

Catat Ulasan

0 Ulasan