Drama Bunga Aku Tunggu (TV3)

Drama Bunga Aku Tunggu (TV3) | Peminat Nelydia Senrosa pasti tak sabar untuk melihat dia kembali di layar televisyen. Drama bersiri 'Bunga Aku Tunggu' menggandingkan Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd merupakan kisah yang bergenre saspens psikologi.


Drama Bunga Aku Tunggu akan menemui penonton mulai 17 Mei 2023 menerusi slot Samarinda di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran di kaca TV.




Bunga, Aku Tunggu

Episod: 13

Tarikh Tayangan: 17 Mei 2023

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI

Penulis Skrip: Adza Emie

Pengarah: Along Kamaludin

Produksi: Wira Nusa Corporation

Pelakon: Beto Kusyairy, Nelydia Senrose, Azhar Sulaiman, Kuza, Atiq Azman, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Abil Qamaruzaman


Watak Pelakon

Beto Kusyairy sebagai Kamal Iman

Nelydia Senrose sebagai Bunga

Atiq Azman sebagai Arjuna


Sinopsis Bunga Aku Tunggu

Kamal Iman (Beto Kusyairy), seorang jurutera komputer yang dikenali sebagai genius di tempat kerja. Kamal juga seorang yang baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya. Segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga (Nelydia Senrose). 


Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka. Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan, Bunga akur dan cuba memenuhi kehendak kedua orang tuanya. Bunga juga sentiasa dibandingkan dengan adiknya, Arjuna (Atiq Azman) yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara. 


Suatu insiden di pejabat kemudian menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya. Kamal mula menyukai Bunga dalam diam dan cuba mendekati Bunga dengan lebih rapat. Namun, makin lama perasaan itu semakin membuak dan berubah menjadi obsesi. Kelainan drama ini ialah paparan obsesi Kamal yang mahu memiliki Bunga membuatkan dia  sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga. 


Mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka?

Catat Ulasan

0 Ulasan