Filem Talbis Iblis Di Pawagam 20 Oktober 2022

Filem Talbis Iblis | Filem genre sram sentuhan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia dengan terbitan  gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia. 


Talbis Iblis’ membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini. Filem ini membariskan pelakon seperti Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Filem Talbis Iblis


Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek  di Far East Film Festival  Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21.



Talbis Iblis

Genre: Seram

Produksi: Infinitus Gold

Pengarah: Kabir Bhatia

Cerita Asal: Ajami Hashim

Skrip: Ajami Hashim, Ashraf Modee Zain

Tarikh Tayangan: 20 Oktober 2022


Barisan Pelakon

Azira Shafinaz sebagai Hajar

Nasha Aziz sebagai Junaidah

Zul Ariffin sebagai Nasir

Amir Nafis sebagai Arshad

Jay Iswazir sebagai Zaini

Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim

Sherie Merlis sebagai Bomoh

Izzy Reef sebagai Nasir Muda

Daniella Sya sebagai Junaidah Muda

Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda


Lagu Tema (OST)

Lagu: Harapan Penyambung Mimpi

Penyanyi: Indah Ruhaila

Lirik: Habsah Hassan

Komposer: Heidi Moru & Lo Shi Seng


Sinopsis Talbis Iblis

Mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.

Catat Ulasan

0 Ulasan