Drama Rampas Cintaku Di iQIYI

Akan datang  drama bersiri 15 episod, Rampas Cintaku bakal disiarkan di platform penstriman iQIYI bermula 23 September ini, episod baharu setiap Jumaat dan Sabtu pukul 9 malam.




Rampas Cintaku

Episod: 15

Mula bersiaran: 23 September 2022

Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: iQIYI Malaysia

Pengarah: Ejump Mohd

Produksi: MIG Productions

Pelakon: Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Fadhilah Mansor, Ady Mohammad


Watak Pelakon

Afieq Shazwan sebagai Rizal

Fasha Sandha sebagai Datin Safieya

Zarul Husin sebagai Dato Jefri

Ady Mohammad sebagai Ashraf

Erynn Abdullah sebagai Ayuni


Sinopsis Rampas Cintaku

Kisah Riz, jejaka muda yang terdesak untuk keluar dari kemelut hutang, kemiskinan dan gangguan Ah Long. Beliau membuat keputusan bekerja di kelab malam untuk gaji lebih tinggi, Di situ, beliau bertemu dengan ahli perniagaan wanita kaya dan terbilang bernama Datin Safieya. Walaupun sudah berkahwin dengan Dato Jeffri, Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya. Dengan jalan cerita berliku, Rampas Cintaku pasti membuatkan penonton berdebar dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan