Tasneem Marketplace Platform Bantu Surirumah Jana Pendapatan 4 Angka

Tasneem Marketplace Platform Bantu Surirumah Jana Pendapatan 4 Angka | Kenaikan kos sara hidup terjadi setiap tahun walaupun terdapat banyak rungutan dan rintihan daripada rakyat tentang kenaikan harga barangan pengguna. Isu kenaikan kos sara hidup ini menjadi perbualan hangat rakyat di mana-mana. Situasi tersebut menimbulkan persoalan bagaimana golongan B40 mahu menyediakan peruntukan untuk komponen lain seperti menyimpan untuk pendidikan, kesihatan, simpanan kecemasan dan lain-lain. 



Baru-baru ini satu majlis pelancaran Tasneem marketplace telah diadakan di Bangi Golf Resort bagi membantu mereka yang berminat untuk menggandakan simpanan di bank. Pelancaran Tasneemm Naturel dan jenama besar Malaysia begitu komited ingin membantu golongan berpendapatan sederhana, khususnya golongan suri rumah bagi memperolehi pendapatan 4 angka sebulan.


KOLABORASI TASNEEM NATUREL DAN JENAMA BESAR MALAYSIA BAGI MEMBANTU GOLONGAN SURI RUMAH MENJANA PENDAPATAN 



Tasneem Marketplace Platform Bantu Surirumah Jana Pendapatan 4 Angka


Tasneem Business Legacy, sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace. 


Pihak Tasneem Marketplace meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya dalam menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022. Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.


Platform yang menggunakan sistem agent ini bukan sahaja tidak perlu mengeluarkan modal, malahan turut menyediakan bimbingan pakar dan bahan pemasaran secara percuma.



Tasneem Marketplace Platform Bantu Surirumah Jana Pendapatan 4 Angka


Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara PERCUMA.


Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022.



Jom daftar di Tasneem Marketplace, platform untuk tambah duit saku yang cukup mudah dan fleksibel dan nikmati cashback minium 3% dengan Tasnem Marketplace!


Untuk maklumat dan info lebih lanjut anda boleh melayari laman web, telegram dan facebook pagi dibawah.







Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sheets and other supplies with high magnetic permeability also referred to as precision machining rolled steel cores have applications in transformers and electrical machines. Sheet metal may be fabricated to supply small sheet metal components like brackets or cable connectors. Steel, aluminum, chrome steel, and copper alloys are sturdy sufficient to hold larger metal or plastic pieces collectively with out breaking. If metals with corrosion resistance corresponding to chrome steel sheet metal or plated/coated components are used, gained't} be weak to water or corrosion damage.

    BalasPadam