Sinopsis Filem Jerangkung Dalam Almari

Filem Jerangkung Dalam Almari terebitan Akid Productions Sdn Bhd, bakal menghantui penonton di pawagam seluruh negara mulai 4 Ogos depan. Filem seram ini menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Affendi.




Jerangkung Dalam Almari

Genre: Seram Thriller

Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2022

Skrip: Shadan Hashim

Pengarah: Shadan Hashim

Penerbit: Raja Azmi

Terbitan: Akid Productions Sdn Bhd

Dengan kerjasama: NorthStar Prodigy Pictures Sdn Bhd

Lagu Tema / OST: Wings - Jerangkung Dalam Almari


Barisan Pelakon

Dato' Adi Putra sebagai Fikry

Sophia Albarakbah sebagai Shikin

Hasnul Rahmat sebagai Ali

Wan Hanafi Su sebagai Pak Hassan

Anne Abdullah sebagai Kak Itah

Isaac Iman sebagai Adam

Zaidi Omar sebagai Wak Ipin

Fazlina Ahmad Daud sebagai Hamidah

Amerul Effendi sebagai Ramdan


Sinopsis Jerangkung Dalam Almari

Kehidupan Fikri (Dato’ Adi Putra) tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya Shikin (Sophia Albarakbah) dan anaknya (Isaac Iman). 


Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.

Catat Ulasan

0 Ulasan