Sinopsis Drama Ratu Ten Pin 2 : Shalin

JS Pictures Sdn Bhd kembali dengan drama Ratu Ten Pin 2 : Shalin yang diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli termasuk bibit-bibit permulaan dirinya berkecimpung dan menyertai pasukan boling negara. 


Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin musim kedua disiarkan mulai 11 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria atau strim di Astro GO dan On Demand.




Ratu Ten Pin 2: Shalin

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 11 Julai 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam

Rangkaian: Astro Ria, Astro Go

Pengarah: Azman Yahya

Produksi: JS Pictures Sdn Bhd


Watak Pelakon

Jasmine Suraya sebagai Shalin

Elisya Sandha sebagai Norma

Syaidatul Afifah sebagai Sandra

Nazim Othman sebagai Arief 

Sheila Rusly sebagai Mem Maria

Nasz Sally sebagai Nurin

Wani Kayrie sebagai Suzana

Lim Mei Fen sebagai Christi


Sinopsis Ratu Ten Pin 2 Shalin

Norma, Reez, Sandra dan Suzana kini telah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun, Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut, walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi, Reez tetap memilih untuk mengutamakan masanya bersama dengan keluarga setelah persengketaan dengan bapanya menjadi baik untuk menguruskan legasi bisnes keluarganya. 


Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Maria, jurulatih pasukan tersebut mengambil Shalin sebagai pemain baharu untuk mencukupkan bilangan pemainnya. Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini. 


Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan