Sinopsis Drama Maid 2

Drama The Maid bakal menemui pengikut setianya untuk musim kedua (The Maid 2) dengan telatah  Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.




The Maid 2 akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.


The Maid 2

Episod: 12

Tarikh Tayangan: 6 Julai 2022

Waktu Siaran: Rabu, 9:30 malam

Rangkaian: Astro Ria, Astro Go

Penulis Skrip: Sham Hashim dan Nazri Vovinski

Pengarah: Michael Ang & Hadith Omar

Pelakon: Norman Hakim, Sherry Alhadad, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil, Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean, Aniq Suhair


Sinopsis The Maid 2

Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay.


Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.

Catat Ulasan

0 Ulasan