Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu

Filem seram Musyrik - Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd yang diarahkan oleh Arjin Unpal telah mula ditayangkan di pawagan di seluruh tanah air bermula 7 Julai 2022.


Saksikan filem seram yang menampilkan Ariel Zafrel, Ruhainies dan Ashraf Muslim selaku teraju utamanya  


Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu


Musyrik - Api Neraka Menantimu

Tarikh Tayangan: 7 Julai 2022

Pengarah: Arjin Uppal

Produksi: White Merpati Entertainment Sdn Bhd 

Pelakon: Ariel Zafrel, Ruhainies, Ashraf Muslim, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar, Neera Azizi


Sinopsis Musyrik Api Neraka Menantimu

Mengisahkan tentang Aril (Aeril Zafrel) yang mempunyai sikap mudah panas baran terutama sekali apabila perniagaanya ditimpa masalah berpunca daripada orang kepercayaanya sendiri. Dan juga dia menyalahkan anaknya, Puteri (Qaseh Shuhada) yang dikatakan membawa sial kepada keluarganya.


Rumah tangga Aril mula menjadi porak-peranda apabila dia dipengaruhi oleh satu entiti jahat yang telah “dihantar” oleh seseorang untuk membalas dendam. Pengaruh entiti jahat ini terlalu kuat sehingga Aril tergamak bertindak di luar kawalan dan mengancam nyawa isterinya, Wati (Aishah lilias) dan anaknya, Puteri. Adik Aril, Farah (Ruhainies) turut dengan tidak sengaja terbabit dengan gangguan entiti jahat apabila dia datang melawat anak buah kesayangannya, Puteri.


Farah meminta pertolongan daripada Ustaz Akasyah (Ashraf Muslim) kerana dia mengesyaki sesuatu yang pelik sedang berlaku di dalam keluarga abangnya. Dengan tidak sangka, Farah turut dirasuk oleh entiti jahat apabila Ustaz Akasyah cuba untuk menolongnya!  


Dari manakah datangnya entiti jahat ini? Siapakah yang menghantarnya? Mengapakah Aril dan keluarganya, termasuk adiknya Farah diganggu?  Sedikit demi sedikt, misteri gangguan itu dirungkaikan dengan penuh kejutan dan kejadian ngeri! 

Catat Ulasan

0 Ulasan