5 Pelajar USAS Maut Rentung Di Lebuhraya Utara Selatan

KESEMUA lima individu  yang rentung dalam kemalangan di kilometer (KM) 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara membabitkan sebuah kereta dan dua treler telah dikenalpasti merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas). 




Mangsa yang rentung dalam nahas itu adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 (pemandu kereta) dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 penumpang hadapan dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak, masing-masing duduk di bahagian belakang.


Perkara itu disahkan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar Usas, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi. Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.


Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata polis telah menahan reman pemandu treler yang berusia 28 tahun yang terbabit dalam kemalangan berkenaan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati, treler muatan pagar besi dibawa lelaki itu tidak sempat membrek ketika melalui lokasi kejadian di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara lalu merempuh belakang kereta jenis Honda City yang dinaiki lima mangsa terbabit.


Menurutnya, rempuhan menyebabkan kereta mangsa yang dipandu di lorong kiri diseret hingga melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler membawa muatan mozek di hadapan.


Salam takziah buat kesemua keluarga mangsa yang terlibat

Catat Ulasan

0 Ulasan