Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2022/1443H Seluruh Malaysia

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2022/1443H Seluruh Malaysia | Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa bagi seluruh umat Islam di serata dunia. Semoga Allah SWT permudahkan segala pekerjaan serta amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan dan beroleh keberkatan dariNya.


Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 2022/1443H Seluruh Malaysia



Sepertimana yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan puasa di bulan Ramadan bermula pada hari Ahad, 3 April 2022


Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa 1443H/2022 Seluruh Malaysia

Berikut merupakan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di seluruh Malaysia.


Klik link negeri dibawah untuk anda rujuk jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa di bulan Ramadhan mengikut negeri yang disediakan.


Kuala Lumpur & Putrajaya

Negeri Selangor

Perak

Kedah

Pulau Pinang

Perlis

Melaka

Negeri Sembilan

Johor

Pahang

Terengganu

Kelantan

Sabah

Sarawak



Niat Berpuasa Di Bulan Ramadhan


Niat Puasa Harian

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 


Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Niat Puasa Sebulan


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 


Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 



Selamat mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan.


Bagi negeri-negeri lain, anda boleh rujuk di SINI


Adab-adab Dan Sunat Berpuasa

Berpuasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum tetapi menahan diri dari melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan.


Antara adab berpuasa adalah


1. Bersahur 

Waktu Sahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur


Amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripana Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya


"Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan" Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Bersahur dapat membantu menguatkan orang yang berpuasa.


Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya : 


"Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan Sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya:


"Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air"


2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasullah SAW maksudnya:


"Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Beigut juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar.  Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air.  Sunat juga berdoa ketiak berbuka.


Antara doa Rasullah SAW ketika berbuka adalah




3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadan


4. Tidak melakukan perkara-perkara bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa.


5. Tadarus Al-Quran

Jibril AS bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadan


Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan  dan semoga perkongsian jadual waktu berbuka puasa bagi seluruh Malaysia serta Imsak tahun 2022 dapat dijadikan panduan buat semua.


Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia


Catat Ulasan

0 Ulasan