Jadual Kejohanan Badminton Asia Championships (BAC) 2022

Kejohanan Badminton Asia Championships (BAC) 2022 kini kembali dan akan berlangsung bermula 26 April sehingga 1 Mei 2022 yang bakal diadakan di Muntinlupa Sports Complex, Manila, Filipina.


Kejohanan ini menjadi edisi ke-39 dimana Manila telah menjadi tuan rumah untuk kali ketiga dimana kali terakhir adalah pada tahun 2001 dan sebelumnya adalah pada 1961.



BAC merupakan antara kejohanan tahunan terbesar bagi sukan badminton di rantau Asia selepas Badminton Asia Team Championship (BATC) dan Badminton Asia Mixed Team Championship (BMTC).


Kejohanan : Badminton Asia Championships 2022

Tarikh : 26 April - 1 Mei 2022

Venue : Muntinlupa Sports Complex, Manila, Filipina


Tahun ini, Badan Badminton Asia akhirnya berjaya mengadakan kejohanan BAC semula selepas ianya telah ditangguhkan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2020 dan 2021 disebabkan pandemik Covid-19.


Pemain badminton terbaik Asia akan berentap bagi merebut gelaran Pemain Asia Terbaik dan bakal memperoleh 12,000 mata BWF. Setiap negara dibenarkan menghantar hanya 4 pemain bagi setiap kategori (perseorangan lelaki & wanita, beregu lelaki & wanita dan beregu campuran)


Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Badminton Asia Championships 2022

Dengan kemenangan Malaysia bagi skuad lelaki dalam kejohanan Badminton Asia Team Championships 2022 baru-baru ini pastinya akan memberikan lebih semangat kepada pemain-pemain negara untuk beraksi dengan lebih baik.


Jadi berikut merupakan senarai pemain badminton negara dalam BAC yang disenaraikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM)


Perseorangan Lelaki

Aidil Sholeh

Lee Zii Jia

Liew Daren

Ng Tze Yong


Perseorangan Wanita

Kisona Selvaduray

Tan Zhing Yi

Siti Nurshuhaini

Myisha Mohd Khairul


Beregu Lelaki

Goh Sze Fei[8]/Nur Izzuddin

Man Wei Chong/Kai Wun Tee

Aaron Chia[5]/Soh Wooi Yik

Ong Yew Sin[6]/Teo Ee Yi


Beregu Wanita

Anna Ching Yik Cheong/Teoh Mei Xing

Pearly Tan[7]/M Thinaah

Vivian Hoo/Lim Chiew Sien

Low Yeen Yuan/Valeree Siow


Beregu Campuran

Goh Soon Huat[8]/La Shevon Jemie

Chen Tang Jie/Peck Yen Wei

Hoo Pang Ron/Cheah Yee See

Tan Kian Meng[7]/Lai Pei Jing


Jadual & Keputusan Perlawanan Badminton Asia Championships 2022

Bagi peminat badminton tanah air, kita akan dapat menonton lebih banyak perlawanan siaran langsung apabila Badminton Asia mengumumkan akan ada tayangan bermula hari pertama sehingga peringkat final.


Untuk Hari Pertama - Hari Ketiga, anda boleh saksikan secara langsung perlawanan badminton menerusi Youtube Badminton Asia.


Manakala Hari Keempat - Hari Keenam, akan dibawakan secara live menerusi Astro Supersport 814 dan juga strim di Astro Go.


Berikut merupakan jadual perlawanan yang hanya melibatkan pemain-pemain Malaysia sepanjang kejohanan berlangsung.


*Jadual dan keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa



26 April 2022 (Selasa)

Perseorangan Lelaki

Wang Tzu Sen (TPE) VS Aidil Sholeh (MAS) 

Sun Fei Xiang (CHN) VS Lee Zii Jia (MAS) 

Heo Kwanghee (KOR) VS Liew Daren (MAS) 

Ng Tze Yong (MAS) VS Kidambi Srikanth [7] (IND)


Beregu Lelaki

Goh Sze Fei[8]/Nur Izzuddin (MAS) VS S Jr. Padiz/J Villabrille (PHI)

Man Wei Chong/Kai Wun Tee (MAS) VS W Phakjarung/W Thongkham (THA)

Aaron Chia[5]/Soh Wooi Yik (MAS) VS He Ji Ting/Z Hao Dong (CHN)

Chang Tak Ching/Y Ming Nok (HKG) VS Ong Yew Sin[6]/Teo Ee Yi (MAS)


Perseorangan Wanita

S Kisona (MAS) VS S Katethong (THA)


Qualifying - Perseorangan Wanita

Group A - Tan Zhing Yi

Group C - Siti Nurshuhaini

Group D - Myisha Mohd Khairul


Beregu Wanita

Anna Cheong/Teoh M Xing (MAS) VS Ashwini B K/S Gautam (IND)

Simran Singhi/Ritika Thaker (IND) VS Pearly Tan[7]/M Thinaah (MAS)

J Kititharakul[6]/R Prajongjai (THA) VS Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS)

Rin Iwanaga/K Nakanishi (JPN) VS L Y Yuan/Valeree Siow (MAS)

Goh Soon Huat[8]/La Shevon Jemie (MAS) - XD

VS B Ahmad Aishannik/D Amro (JOR)


Chen Tang Jie/Peck Yen Wei (MAS) - XD

VS S Jr. Padiz/E C Iniayo (PHI)


Hoo Pang Ron/Cheah Y S (MAS) - XD

VS Feng Yan Zhe/Lin Fang Ling (CHN)


Kim Wonho/Jeong Na Eun (KOR) VS Tan Kian Meng[7]/Lai Pei Jing (MAS) - XD


-------------------------------


27 April 2022 (Rabu) - 


28 April 2022 (Khamis)


29April 2022 (Jumaat)


30 April 2022 (Sabtu)


1 Mei 2022 (Ahad)


Untuk dapatkan jadual terperinci melibatkan pemain-pemain lain dalam Kejohanan Badminton Asia 2022, anda boleh rujuk laman web rasmi Badminton Asia di www.badmintonasia.org

Catat Ulasan

0 Ulasan