7 Cara Mudah Lajukan Internet Telefon Bimbit

7 Cara Mudah Lajukan Internet Telefon Bimbit | Bila capaian untuk membuka social media dan internet semakin lembab, akan membuat kita rasa marah dan disini kami kongsikan beberapa tip yang boleh melajukan capaian internet bagi semua penyedia telekomunikasi yang digunapakai  bagi melancarkan sewaktu melayarinya 




1. Bersihkan cache

Lakukan pembersihan cache pada aplikasi yang berada di dalam telefon pintar, terutama aplikasi yang menggunakan Internet.  Cache yang terkumpul dalam telefon akan melambatkan proses di telefon dan memperlahankan Internet telefon anda. 


Pergi ke Settings - Applications/Apps. (bergantung jenis telefon)

Semua aplikasi akan tertera sepertimana yang terdapat dalam telefon. Pilih aplikasi yang paling kerap digunakan, misalnya Instagram, Facebook, browser Internet seperti Chrome, ataupun permainan yang menggunakan Internet.

Kemudian, pergi ke bahagian App info. Pilih Storage untuk memaparkan penggunaan ruang oleh aplikasi tersebut.

Seterusnya, pada bahagian Cache, tekan Clear Cache. 

Anda juga boleh membersihkan cache di dalam telefon secara automatik menggunakan aplikasi membersihan cache seperti App Cache Cleaner.


2. Ubah setting Internet - semak semula tetapan sedia ada di telefon 

Tukar ketetapan kepada pautan 3G sekiranya signal 4G tidak kelihatan. Periksa kestabilan Internet di tempat anda, sekiranya berubah daripada E ke H+, 3G ataupun kadangkala 4G, ini bermakna signal di kawasan anda tidak stabil.


Pergi ke Settings - pilih More.

Cari menu untuk network telefon, misalnya, Mobile networks. Kemudian, pilih Preferred network type. (berbeza mengikut jenis telefon)

Pada Preferred network type, pilih jenis pautan Internet yang ingin digunakan.

Cuba dahulu pada 4G, sekiranya tiada signal yang keluar, tukar kepada 3G.


Nota : Kilang pembuatan telah menetapkan pautan Internet pada telefon secara automatik, bermakna, telefon anda tersebut secara automatik akan memilih jenis pautan yang terkuat di kawasan itu.


3. Buang widget tidak perlu

Widget ialah paparan di dalam home screen telefon anda seperti jam, kalendar, ruangan untuk Google Search atau paparan cuaca. Widget, terutamanya yang menggunakan Internet, sangat memakan kelajuan Internet telefon, melainkan widget itu benar-benar diperlukan.

Tekan pada widget, jangan tarik jari anda yang sedang menekan itu daripada skrin. 

Tunggu sehingga ada logo tong sampah yang tertera.

Kemudian, tarik widget tersebut ke arah tong sampah tersebut.

Widget anda berjaya dibuang. Anda masih boleh mencari semula widget tersebut sekiranya ingin menggunakannya. Ikut panduan pada setting untuk bahagian Display di dalam telefon anda, dan pastikan anda mendapat setting untuk Home Screen ataupun Widget.


4. Buang aplikasi yang tidak digunakan

Kebanyakan aplikasi tidak memerlukan penggunaan Internet yang tinggi, tetap akan menggunakan Internet yang tinggi untuk memaparkan iklan yang disertakan dalam aplikasi tersebut. Jadi, buang sekiranya tidak digunakan.


5. Tutup app yang sedang digunakan

Bagi anda pengguna telefon pintar, sekiranya anda membuka sesebuah aplikasi, dan anda keluar daripada aplikasi tersebut dengan menekan butang Back atau Home, aplikasi tersebut   tidaklah terus terpadam, sebaliknya masih beroperasi di background untuk telefon anda.

Ini akan melambatkan bukan sahaja telefon, tetapi juga kelajuan Internet anda dan telefon menjadi cepat panas.

Hal ini kerana aplikasi yang masih beroperasi di background memakan RAM. Matikan aplikasi ini sekiranya tidak mahu digunakan pada waktu tersebut


6. Lajukan Internet dengan aplikasi Internet Booster

Dalam Google Play Store ataupun App Store, terdapat beberapa aplikasi yang berfungsi untuk  lajukan Internet telefon pintar antaranya Internet Speed Master dan juga Internet Booster & Optimizer merupakan dua daripada aplikasi yang terbaik setakat ini.


Apa pun semak dulu bahagian review untuk mendapatkan feedback daripada pengguna lain yang telah download aplikasi ini, sama ada baik atau sebaliknya.


7. Buat Factory Reset

Cara terakhir ini hanya boleh dilakukan sekiranya Internet masih bermasalah setelah pelbagai cara dilakukan. Kembalikan setting dan sistem kepada asal untuk telefon dan risikonya anda akan kehilangan data.


Sekiranya masih lagi lembab, hantar handphone anda kepada pakar.







Gunakan pelayar Internet yang laju

Dalam telefon anda, sudahpun ada pelayar internet (internet/web browser) yang tersedia, termasuk Chrome, yang merupakan Google Chrome, produk Google.


Sebenarnya, kelajuan Internet juga dipengaruhi oleh jenis browser yang anda gunakan, dan Chrome tidak dapat membantu melajukan Internet di telefon anda.


Anda boleh ke Google Play Store ataupun App Store (sekiranya ada), dan download aplikasi Puffin.


Puffin ialah browser Internet. Dan mengikut kajian yang pernah dijalankan, Puffin adalah antara browser yang terpantas setakat ini.


 


Lajukan Internet dengan reset sambungan Internet

Kadangkala, masalah akan timbul aapbila berlaku gangguan sambungan Internet telefon anda dengan menara pemancar.


Hal ini selalu terjadi apabila telefon model lama ataupun telefon yang tidak mempunyai RAM yang besar. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan cara ini:


Padam dan pasang semula telefon anda, ATAU

Aktifkan airplane mode untuk seketika. Kemudian, padam semula airplane mode.

 


Tutup app yang sedang digunakan

Bagi anda pengguna telefon pintar, sekiranya anda membuka sesebuah aplikasi, dan anda keluar daripada aplikasi tersebut dengan menekan butang Back atau Home, aplikasi tersebut   tidaklah terus terpadam, sebaliknya masih beroperasi di background untuk telefon anda.


Perkara ini akan melambatkan bukan sahaja telefon anda, tetapi juga kelajuan Internet anda.   Malah, membuatkan telefon anda menjadi cepat panas.


Hal ini kerana aplikasi yang masih beroperasi di background memakan RAM anda. Anda perlu     mematikan aplikasi ini sekiranya tidak mahu digunakan pada waktu tersebut.


Ada dua cara yang anda boleh gunakan.


1) Menekan butang menu untuk latest app

Lihat pada telefon anda. Ada sebuah butang dengan gambar segi empat tepat. Butang ini terdapat pada kebanyakan telefon, dengan sesetengah telefon menggunakan logo lain, tetapi masih mempunyai fungsi yang sama.

Akan tertera page-page aplikasi yang anda buka sebelum ini. Tekan X yang tertera biasanya di penjuru untuk window kepada page Anda juga boleh tarik window page itu ke tepi untuk menutup aplikasi itu.

Atau, tekan sahaja apa-apa butang yang tertera dengan fungsi untuk menutup semua window. Misalnya, Clear All atau Close All.

 


2) Guna Application Manager

Pergi ke Settings.

Cari bahagian Apps atau Application Manager.

Pilih aplikasi yang anda ingin matikan. Kemudian, pada bahagian App Info, tekan Force stop. (langkah ini mungkin berbeza mengikut jenama telefon)

Anda juga boleh download aplikasi di Google Play Store atau di App Store, iaitu Advance Task Killer, untuk melakukan fungsi ini secara automatik.


 


Buat Factory Reset

Cara ini hanya boleh dilakukan sekiranya Internet anda masih bermasalah setelah pelbagai cara dilakukan. Anda hanya perlu mengembalikan setting dan sistem asal untuk telefon anda.


Pastikan anda cari dahulu cara untuk melakukan factory reset di telefon anda, kerana setiap jenama adalah berbeza caranya untuk melakukan factory reset.



Nota : Sekiranya anda memilih 4G, pastikan setelah anda selesai menggunakan Internet, anda tukar semula pautan Internet anda kepada automatik. Hal ini kerana dalam mod 4G, telefon anda tidak akan dapat membuat sebarang panggilan, ataupun dapat menerima sebarang panggilan.


Catat Ulasan

0 Ulasan