Sinopsis Drama Tumpang Lalu Bang

Drama bersiri komedi 'Tumpang Lalu Bang' akan bersiaran pada 2 Februari 2022, arahan Eoon Shuhaini, yang menampilkan pelakon popular tanah air seperti Tomok, Kilafairy, Black Hanifah, Afzan A. Rahman, Raja Afiq, Aidil Aziz, Qi Razali, Danial Dashuki, Ziana Zain dan ramai lagi. 




Tumpang Lalu Bang | Episod: 28

Tarikh Mula Siaran : 2 Februari 2022 | Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 8:30 malam

Rangkaian: TV9 slot Diandra

Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

Pengarah: Eoon Shuhaini

Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd



Watak Pelakon

Tomok sebagai Nizam

Kilafairy sebagai Sofiah

Black Hanifah sebagai Sobri

Aidil Aziz sebagai Sufian

Raja Afiq sebagai Syahrin

Afzan A.Rahman sebagai Syamil

Danial Dashuki sebagai Shuib

Ziana Zain sebagai Emma

Mahmud Alibashah sebagai En Latif


Sinopsis Tumpang Lalu Bang

Mengisahkan Nizam (Tomok) jatuh cinta pada pandangan pertama dengan Sofiah (Kilafairy). Sofiah tidak mengendahkan Nizam kerana dia berpegang kepada prinsipnya yang hanya akan melayan bakal imam yang cukup dan sempurna di matanya dan juga keluarganya. Akhirnya Nizam berjaya memikat hati Sofiah dan di situlah bermulanya cabaran baharu untuk mendapatkan restu keluarga Sofiah.


Ibu bapa Sofiah tidak memandang pada harta tetapi mereka menetapkan syarat bahawa Nizam perlu mendapatkan restu daripada lima orang abang Sofiah iaitu Sufian (Aidil Aziz), Sobri (Black Hanifah), Syahrin (Raja Afiq), Syamil (Afzan A. Rahman) dan Shuib (Danial Dashuki). Tindakan abang-abang yang bersikap ‘overprotective’ tidak akan bagi jalan mudah kepada Nizam.


Demi cinta, Nizam sanggup terima apa saja syarat yang dikenakan oleh keluarga Sofiah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila ibu Sofiah, Emma (Ziana Zain) menjadi ketua dalang yang bertujuan mahu menggagalkan semua cabaran Nizam. Bagaimanakah Nizam dan Sofiah berhadapan dengan pelbagai cabaran yang diberikan? Berjayakah Nizam bertahan demi cintanya pada Sofiah?

Catat Ulasan

0 Ulasan