Pengambilan Calon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) - 30 April 2022

Pengambilan Calon Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) - 30 April 2022

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Malaysia (TUDM).




Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan, Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak dan Sekolah Latihan Pegawai – Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar, Kedah.


Syarat-syarat Pelantikan dan Pentauliahan adalah seperti di dalam iklan yang disertakan.


Permohonan adalah secara dalam talian melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi tahun 2022 iaitu https://jmt.mod.gov.my/index.php


Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 April 2022.


Catat Ulasan

0 Ulasan