Krung Thep Maha Nakom Nama Baru Bangkok | Pejabat Persatuan Diraja (ORST) telah mengumumkan pertukaran nama rasmi ibu negara Thailand, daripada Bangkok kepada Krung Thep Maha Nakhon, bagaimanapun, nama Bangkok masih diiktiraf.
Kabinet pada Selasa meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai nama negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota yang dikemas kini, seperti yang dicadangkan oleh ORST, lapor media Bangkok Post.
Bagaimanapun, nama rasmi baharu, Krung Thep Maha Nakhon, tidak akan berkuat kuasa sehingga ia disemak oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab meneliti semua draf rang undang-undang.
“Kabinet juga meminta panel untuk mengambil kira pemerhatian tambahan daripada Kementerian Luar Negeri,” lapor media tersebut.
Draf pengumuman itu juga membatalkan pengumuman Perdana Menteri mengenai nama negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota bertarikh 9 November 2001, menggunakan pengumuman ORST mengenai nama terkini 1 September tahun lepas.
Dalam pengumuman ORST, Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi ibu kota kerajaan Thailand. Bagaimanapun, nama Bangkok akan diletakkan dalam kurungan.
Krung Thep Maha Nakhon atau Krung Thep adalah singkatan kepada Krung Theop Mahanakhon amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathatsitiya
Nama Bangkok telah digunakan secara rasmi sejak November 2001, diilhamkan dari wilayah Bangkok yang kini merupakan sebahagian daripada kawasan metropolitan merangkumi Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai
Dalam pengumuman yang sama, ORST juga mengemas kini ejaan rasmi untuk negara lain, termasuk Rom dan Roma untuk ibu negara Itali, perubahan ibu kota Myanmar dari Yangon ke Nay Pyi Taw dan perubahan Kerajaan Nepal kepada Republik Demokratik Persekutuan Nepal.
“Nama Thai Krung Thep Maha Nakhon hanya akan digunakan sebagai nama rasminya. Nama Bangkok masih akan dikenali dalam kurungan, jelasnya di halaman Facebooknya,” menurut media.
Di laman Facebooknya, Pejabat Persatuan Diraja juga menyiarkan mesej bahawa kedua-dua nama itu boleh digunakan, Krung Thep Maha Nakhon dan Bangkok, selepas pengumumannya mengenai pertukaran nama itu mendapat kritikan umum.
0 Ulasan