Drama Tetuan Ang Dan Rahimin Di Astro Ria

Drama bersiri Tetuan Ang & Rahimin menampilkan pelakon utama Daiyan Trisha, Ben Amir dan Rashidi Ishak, disiarkan bermula 14 Februari ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam di Astro Ria. 




Tetuan Ang & Rahimin

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 14 Februari 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 11:00 malam

Rangkaian: Astro Ria 104

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddi

Skrip: Wan Hasliza Wan Zainuddin, Nurulsyahida Mohd Fadzil Than, Rashidi Ishak, Johan Bahar, Keen

Pengarah: Wan Alauddin & Wan Hasliza

Produksi: Kl Motion Picture


Watak Pelakon

Daiyan Trisha sebagai Budi

Ben Amir sebagai Rahimin

Rashidi Ishak sebagai Azlan Ang

Anita Baharom sebagai Salmah

Ellyas Abdullah sebagai Shaukie

Shahril Sarjen sebagai Maiman

Nurkamelia Mustaffa sebagai Karina

Hydar Hasanudin sebagai Asyraff

Muhammad Taufiq Azhar sebagai Taufiq

Ieka Zulkifli sebagaai Datin Julie

Anna Melissa sebagai Nabilove

Siti Hajar Ahmad Oshin sebagai Yuyuan

Shukri Tahir sebagai Peguam Syakirin

Adi Bear sebagai Samsudin

Syahiera Abu Hasan sebagai Lydia

Razali Hussain sebagai TPR Ehsan 

Syed Nahar sebagai Dato Jalil

Ustaz Nazeri Md Ismail sebagai Pak Sakor

Henzi Andaalas sebagai Haris Pi 

Lash Mokhtar sebagai Harun

Iman Corinne Adrienne sebagai Cik Kalsom  

Haeriyanto Hassan sebagai Razali


Sinopsis Tetuan Ang Dan Rahimin

Sebuah firma guaman hampir mengalami kerugian apabila seorang ketua samseng mengupah mereka untuk melindungi operasi haramnya.


Tetuan Ang & Rahimin sebuah firma guaman yang dimiliki Ang (Rashidi Ishak) dan Rahimin (Ben Amir). Budi (Daiyan Trisha) merupakan penguam junior yang baru memulakan tugas sudah tertekan dengan situasi di firma tersebut.


Hal ini kerana, Karina (Nurkamelia) yang merupakan penguam cemerlang di situ telah berpindah ke firma lain. Rahimin pula mengambil kes yang mudah kerana tidak mahu mengalami proses mahkamah yang panjang. Manakala Ang pula menolak sebarang kes yang memerlukan dia masuk mahkamah kerana trauma dengan satu kes lampau.


Ketiadaan Karina memberi kesan kepada firma mereka sehingga suatu hari, Rahimin mendapat tawaran daripada Shaukie (Wan Ellyas) untuk bekerja secara eksklusif dengannya dan bayaran yang akan diterima sangat lumayan.


Rahimin mahu menerima tawaran tersebut kerana dapat membantu kewangan firma mereka yang mempunyai masalah walaupun Ang tidak bersetuju kerana latar belakang Shaukie sebagai ketua samseng yang akan mendatangkan masalah di kemudian hari.

Catat Ulasan

0 Ulasan