Malaysian Real Book Dokumentasi Khazanah Kepelbagaian Muzik di Malaysia

Malaysian Real Book Dokumentasi Khazanah Kepelbagaian Muzik di Malaysia  | Malaysian Real Book Mendokumentasi Kekayaan Dan Kepelbagaian Muzik di Malaysia Menerusi Antologi Cetakan Muzik Yang Bersejarah Buat Pertama Kali. 

Buku Malaysian Real Book adalah satu inisiatif yang sangat penting dalam pengumpulan dan dokumentasi khazanah muzik di Malaysia, termasuk muzik tradisi-rakyat, jazz dan popular kontemporari secara menyeluruh.  


Projek ini merupakan usaha komunit untuk mempamaerkan kekayaan dan kepelbagaian muzik di Malaysia, di samping menyerlahkan karya-karya penggubah, pencipta lagu dan kumpulan muzik tempatan.  Buku ini adalah satu antoglogi cetakan muzik yang senanang dimainkan mahupun bermanfaat untuk golongan pemuzik profesional, pendidik, pelajar dan penggemar muzik.

Buku MRB in boleh didapati di www.malaysianrealbook.com pada harga RM150 dengan bilangan buku fizikal yang terhad.


Projek ini diterajui oleh Jawatankuasa Malaysian Jazz Piano Festival (MJPF) dengan sokongan, bantuan dan sumbangan daripada komuniti muzik di Malaysia.  Jawatankuasa MJPF ini diasaskan pada tahun 2013 dengan harapan untuk memperluaskan pengaruh jazz tempatan serta menyemai semangat komuniti muzik yang seikhlasnya mewakili jati diri Malaysia.

Motivasi utama sebaik buku ini adalah untuk kewujudan satu pelantar untuk menyatukan keseluruhan komuniti muzik Malaysia  untuk berjuang bersama-sama. Sebagai sumber pendidikan yang komprehensif dan tepat yang amat diperlukan ia dapat merapatkan jurang pemisahan di antara pelajar muzik, pemuzik amatur, pendidik dan pemuzik profesional.  



Terimalah, Malaysian Real Book, kompilasi muzik tanahair yang pertama sekali diterbitkan oleh sesebuah negara di perantuan Asia!

Catat Ulasan

0 Ulasan