Breaking News

Drama Kau Cipta Kasih

Drama adaptasi novel 'Kau Cipta Kasih' karya Azilah Wahab dalam slot Samarinda TV3, dibintangi Nazim Othman dan Uyaina Arshad. Drama ini telah mula bersiaran sejak 13 Januari 2022.



Kau Cipta Kasih | Episod: 15 

Tarikh Tayangan: 13 Januari 2022 | Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam | Rangkaian: Samarinda TV3

Novelis: Azilah Wahab

Skrip: Azlina Din, Azilah Wahab

Pengarah: Nazir Jamaludin | Produksi: Ansar Creative Media

Pelakon: Nazim Othman, Uyaina Arshad, Amanda Amry, Fify Azmi, Nafiz Muaz, Amanda Amry, Sherie Merlis, Sahronizam, Marissa Yasmin, Dilla Ahmad, Norlia Ghani, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari, Nynaa Harizal, Izuan Razali, Raja Syahiran


Watak Pelakon

Nazim Othman sebagai Afiq

Uyaina Arshad sebagai Khadijah

Fify Azmi sebagai Ramlah

Nafiz Muaz sebagai Idris

Amanda Amry sebagai Hasnah

Sahronizam sebagai Samad

Sherie Merlis sebagai Sabariah

Ikhram Juhari sebagai Haris

Nynaa Harizal sebagai Nelly

Raja Syahiran sebagai Faisal

Izuan Razali sebagai Rashid

Norlia Ghani sebagai Opah Piah


Lagu Tema (OST)

Sarah Suhairi - Pasrah 


Sinopsis Kau Cipta Kasih

Mengisahkan Samad (Sahronizam) dan Sabariah (Sherie Merlis) yang disatukan atas paksaan keluarga mereka. Perkahwinan paksa ini telah memudaratkan hubungan Sabariah dengan Samad. Sabariah membenci anak-anaknya kerana dia tidak mencintai Samad yang sering mengasarinya.


Idris (Nafiz Muaz) dilahirkan dengan kecacatan di kaki. Dia dibenci dan tidak diakui sebagai anak oleh Samad dan Sabariah. Dia dibesarkan oleh Opah Piah dan Atuk Mat setelah dibuang oleh ibu bapa sendiri.


Walaupun kaki tempang, Idris diajar berdikari dan bekerja sejak kecil. Dia seorang yang rajin bekerja, taat pada agama dan hormat kepada orang tua. Opah Piah telah menghadiahkan tanah ladang dan tapak rumah pusaka kepadanya.


Ramlah (Fify Azmi) seorang yang sangat bijak dan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atas bantuan Idris. Dia amat menyayangi Khadijah, kakak sulung kepada empat beradik ini yang menjaganya sejak kecil. Ramlah tidak pernah berputus harapan untuk merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya.


Hasnah (Amanda Amry), anak bongsu kepada pasangan Sabariah dan Samad sangat naif dan percaya bahawa Samad menyayanginya. Hasnah juga manja dengan Khadijah dan menganggapnya sebagai ibu.


Ketika di Tingkatan 5, Hasnah bercinta dengan rakan sekampungnya dan berkeras mahu berkahwin dengannya selepas SPM walaupun mendapat tentangan daripada Samad. Sabariah pula bersetuju dengan perkahwinan Hasnah kerana sudah tidak mahu menanggung anaknya itu.


Khadijah (Uyaina Arshad), anak sulung kepada Samad dan Sabariah sanggup berkorban dengan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika usia masih muda. Khadijah sering menjadi mangsa kemarahan ibunya. Akibat satu kejadian, Khadijah telah dihalau keluar oleh ibunya walaupun Khadijah telah memberitahu apa yang sebenarnya telah berlaku.


Khadijah melarikan diri dan terjumpa dengan Afiq (Nazim Othman), anak kepada seorang usahawan yang berjaya. Sejak itu, perjalanan hidup Khadijah mula berubah. Adakah Khadijah, Idris, Ramlah dan Hasnah dapat menemui kebahagiaan selepas dihujani dengan pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup mereka?


Sinopsis Novel Kau Cipta Kasih

Idris - Lelaki yang serba kekurangan. Ketempangannya menjadikan dia sering dihina dan dianggap menyusahkan orang tua. Selayaknya, dia diberi lebih perhatian, tetapi dia makin jauh tersisih dan tersingkir dari kasih sayang ibu dan ayah.


Khadijah - Sanggup berkorban demi kesenangan adik-adiknya. Kerana itu, ibunya melepaskan tanggungjawab menjaga urusan rumah tangga ke atas bahunya. Dan kerana itu juga, dia menjadi mangsa! Maruah dirinya direnggut sewenang-wenangnya.


Hasnah - Membawa diri jauh ke luar negara berbekalkan kepintaran yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya. Sungguh dia kecewa dengan kepincangan institusi keluarganya. Impiannya hanya satu. Mahu merasa bahagia bersama ibu, ayah serta adik-beradiknya dan dia berazam untuk meraih impian itu!


Ramlah - Dimanjai ayah lebih daripada adik-beradiknya yang lain. Bangga dengan kelebihan yang diperolehi membuatkan dia alpa dan gagal menilai baik buruk sesuatu. Sehinggalah dia ditinggalkan terkontang-kanting sendiri


Mereka adalah empat beradik yang ketandusan kasih sayang orang tua. Salah merekakah bila ibu bapa gagal menjalankan tanggungjawab mendidik dan mencorak masa depan anak-anak?

Tiada ulasan