Fenomena Gerhana Bulan Penumbra 19 Nov 2021

FENOMENA gerhana bulan penumbra dijangka berlaku bermula sekitar jam 6.58 petang pada 19 November 2021 ini.



Anda dapat menyaksikan fenomena tersebut pada hari kejadian yang bakal berakhir kira-kira jam 8.03 malam.


10 fakta mengenai Fenomena Gerhana Bulan Penumbra 19 Nov 2021 menerusi laman Facebook milik Planetarium Negara.


1. Gerhana bulan penumbra kali ini sebagai gerhana bulan terlama yang pernah terjadi antara tahun 2001 hingga 2100.


2. Terjadi apabula bulan terlindung oleh bayang penumbra bumi.


3. Tidak kelihatan dengan mata kasar.


4. Fenomena gerhana bulan ini boleh dilihat dengan jelas tanpa binokular atau teleskop di beberapa kawasan di seluruh dunia namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar di Malaysia.


5. Gerhana bulan yang bakal berlaku pada Jumaat ini akan mengambil masa selama 3 jam, 28 minit dan 23 saat di mana bumi akan menghalang 97 peratus permukaan bulan daripada terkena cahaya matahari.


6. Dalam tempoh ini, sebahagian permukaan bulan akan kelihatan seperti kemerah-merahan.


7. Malah, fenomena gerhana ini hanya terjadi dua kali dalam setahun dan peristiwa seterusnya dijangka akan berlaku pada 16 Mei tahun hadapan.


8. Gerhana bulan bermula lebih awal iaitu jam 2.02 petang tetapi masih siang dan semuanya berlaku di bawah ufuk.


9. Apabila bulan terbit pda jam 6.58 petang, gerhana bulan adalah fasa penumbra tetapi masih tidak boleh dilihat dengan mata kasar juga keran bayang penumbra tidak segelap bayang umbra bumi.


10. Orang ramai boleh menonton live streaming di Facebook, YouTube dan Twitter Planetarium Negara (imej dari luar negara) pada 5 petang hingga 7 malam, 19 November.


Semoga bermanfaat!


Catat Ulasan

0 Ulasan