Drama Tikam Astro Ria

Drama bergenre jenayah berjudul 'Tikam' telah pun bersiaran di Astro Ria (104) mulai 3 November , setiap Rabu, jam 9.30 malam.



Judul : Tikam  |  Episod : 8

Tarikah & Waktu Siaran : 3 November 2021, Rabu, 9.30 malam

Idea Asal : Sham Hashim, Akmal Nahar dan Lemuel Ong

Penulis Skrip : Rehal Nuharis

Pengarah : Michael Ang & Hadith Omar


Barisan Pelakon / Watak

Fahrin Ahmad sebagai Shahrol

Ben Amir sebagai Nik Johan (NJ)

Intan Najuwa sebagai Akma

Michael Ang sebagai Mike

Jasmin Hamid sebagai Madam Joan

Yuna Rahim sebagai Ika

Ellyas Abdullah sebagai Sap

Josiah Lim sebagai Ed


Sinopsis Drama Tikam

Mengisahkan tentang satu kes pembunuhan yang berlaku di dalam sebuah pejabat. Dalam tempoh 24 jam, sekumpulan pekerja harus mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut.

Kegiatan songlap sekumpulan pekerja membuahkan hasil yang lumayan tapi siapa sangka ada pembelot dalam kumpulan, adakah nyawa melayang kerana kecewa atau ada yang main tikam belakang?


Episod 1 - Pagi Penuh Tragedi

Shahrol ditemui mati ditikam di pejabat. Satu nota bunuh diri ditinggalkan bahawa antara mereka terdapat pengkhianat. NJ kunci pejabat untuk cari siapa pembelot di antara Ika, Mike, Akma, Sap dan Ed.


Episod 2

NJ mula siasat seorang demi seorang. Rupanya setiap daripada mereka ada masalah dengan Shahrol. Mereka mula saling tuduh-menuduh. Tiba-tiba Mike tersedar ada sesuatu tak kena pada mayat Shahrol!




Catat Ulasan

0 Ulasan