Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta

Pengambaran drama Tunggu Dulu Cinta dah lama dibuat namun masih belum ditayang. Pasti ramai yang tak sabar nak tonton drama adaptasi novel 'Tunggu Dulu Cinta' karya Ayu Emelda yang bakal  disiarkan di RTM TV1. Menampilkan lakonan Hafreez Adam, Sarah Hildebrand dan Hazman Alidrus. Drama terbitan produksi Juita Viden, diarahkan oleh Zamri Zakaria.



JUDUL : TUNGGU DULU CINTA

EPISOD : 26

TARIKH TAYANGAN : -

WAKTU SIARAN : - 

SIARAN TV : TV1 (RTM)

PENULIS SKRIP : Faten Syamimie, Nurul Mardhiah

PENULIS NOVEL : Ayu Emelda

PENGARAH : Zamri Zakaria

PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd


Barisan Pelakon / Watak

Hafreez Adam sebagai Kamal

Sarah Hildebrand sebagai Nur Aivy Sofea

Hazman Alidrus sebagai Khairy

Kay Maria sebagai Puan Aini 

Hannah Halim sebagai Siti

Nasz Sally sebagai Jinny

Shasha Edora sebagai Fifa

Syafiq Aiman sebagai Mika 

Aryan Naim sebagai Rayyan Ismail

Badrul Muhayat sebagai Ibrahim 

Azman Jantan sebagai ayah Din

Amar Asyraf sebagai Shark

Fifi Laura Olivia sebagai Yaya


Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta

Kamal dan Aivy dengan rela hati berkahwin walaupun tidak menjalin hubungan cinta. Mereka berjanji untuk bercinta selepas nikah. Namun, Kamal tidak menunaikan janji kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Aivy pula sudah jatuh cinta kepada Kamal dan tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya. Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya.

Catat Ulasan

0 Ulasan